Wednesday 26 January 2011

Cikgu saya...

Inilah cikgu saya yang ajar buat blog tapi tak habis belajar lagi dari dia sebab dia pun kene belajar dari cikgu lain (nama cikgu tu Kak Long Wanie). Tengoklah macam mana. Mungkin cuti Tahun Baru Cina nanti kami boleh belajar buat blog sama-sama dengan cikgu tu. Terima kasih Cikgu Anis.

Tuesday 25 January 2011

Cubaan Pertama

Setelah pening-pening pikir apa nak tulis, hari ni tulis gak la kat blog ni.. saja nak warm up dulu. Tak ada tajuk khusus pun. Cuma sekadar cubaan pertama sahaja. Maklumlah baru berjinak-jinak dengan menulis kat blog nih. Macam bunyi mengada-ngada pun ada gak. Orang nak tulis blog, awak nak tulis blog tapi tak tau apa nak tulis. Nak cari tajuk pun susah. Susah jugak eh nak menulis ni. Ingat dulu2 buat karangan SPM jer susah. Rupa-rupanya bukan mudah juga nak cari idea nak menulis nih walaupun diberi tajuk bebas. Walaupun tak payah pikir sama ada kene ikut skima jawapan peperiksaan ke tidak. Mana nak cari tajuk lagi, nak cari isi apa nak tulis, nak olah lagi. Itu belum lagi masuk bab edit mengedit dan sebagainya. Tapi takper. Walaupun mungkin cubaan pertama ni macam membuang masa jer bagi sesetengah orang, tapi mungkin juga ada orang lain yang pernah mengalami pengalaman yang serupa macam ni. Tak apalah. Bertatih2 dahulu, berlari2 kemudian.. sikit-sikit, lama-lama pandai la kot nak tulis kat blog nih macam orang lain yang dah tulis macam-macam blog (azam mesti ada, jadi tak jadi belakang kira..hihihi)