Monday 10 September 2012

UPSR Datang Lagi

Selamat menghadapi peperiksaan untuk Capika dan Cikgu Anis yang ajar kita buat blog nih. Semoga dipermudahkan semuanya esok, 11 September 2012. Buat elok-elok eh. Dan berbuih-buih dah Kak Ina/Mak Lang pesan baca selawat banyak-banyak, baca doa penerang hati tu tiap-tiap hari dan sebelum jawab soalan peksa tu. Kalau soalan tu susah, jawab yang senang dulu. Nanti patah balik kat soalan yang susah tu. Last-last kalau tak tau jawab gak, jawab jer la apa-apa kat atas kertas tu asalkan nampak macam logik dan sesuai... biar ada usaha di situ. Mana la tau cikgu pemeriksa kertas tu lembut hati nak bagi markah usaha... ha mana tau. Kalau soalan objektif tu, fikir sebaik-baiknya juga sebelum jawab. Kalau dah habis fikir tapi tak pasti juga, ha baca Bismillah dulu sebelum tanda mana-mana jawapan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung ada rezeki mengena la jawapan tu.
 
Berdebar-debar gak ni walau pun bukan kita pun yang pergi periksa esok. Baru la faham hati cikgu-cikgu yang mengajar kita dulu. Anak murid yang nak pergi periksa, cikgu yang tak senang duduk. Kalau lihat anak-anak didik berjaya, mesti rasa puas dan gembira juga. Gembira sebab lihat usaha berhasil, gembira tengok orang berjaya.. yeayyy tapi mana-mana yang kurang berjaya pun janganlah bersedih... usaha lagi, dan lagi dan lagi. Mana tau berkat usaha dan doa, kita akan jadi lebih berjaya dari orang lain suatu hari nanti.. di dunia dan akhirat. Seronoknya....

Sunday 9 September 2012

Rumah Terbuka

Sekejap jer masa berlalu. Ingatkan nak masuk macam-macam entri pasal peristiwa dan aktiviti di bulan puasa. Apakan daya tak sempat.. Insya Allah bila-bila masa rasa macam nak tulis, bleh jer tulis kat sini. Takder sapa akan marah pun. Memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal, apa lagi aktiviti rayalah. Sesi bermaafan yang paling utama, pastu sesi ziarah menziarahi kemudian diikuti sesi makan-makan. Sesi tengok cerita raya kat tv? Itu pun best juga tapi kene letak keutamaan kat sesi-sesi yang awal2 tadi la.. Bukannya apa. Sesi bermaafan ni walau pun kita selalu diingatkan untuk bermaaf-maafan pada hari lain pun, bukanlah sesuatu yang mudah kadang-kadang. Kadang-kadang la. Kadang-kadang dosa kita sesama manusia ni terover sikit daripada biasa. Lamaaaaa baru berani nak pergi minta maaf kat orang yang kita dah buat salah tu... Yelah kita pun manusia yang lemah juga. Apa-apa pun marilah kita selalu bermaaf-maafan..yang sengaja dan yang tak sengaja (sempat lagi nak bagi alasan tu). Mudah-mudahan kalau kita bersedia memaafkan kesalahan orang, begitu juga orang kepada kita.

Raya kali ni makin lama rasa makin tak kenal orang. Sebabnya, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang jumpa masa kecik-kecik dulu ada yang masih ada, ada yang sudah bertemu dengan Penciptanya. Lepas tu jumpa dengan anak-anak diaorang. Insya Allah ramai yang kenal lagi tapiiii kalau sampai ke generasi Y, Z dah tak cam lagi. Kadang-kadang dah tukar-tukar nama, tukar-tukar rupa. Rasa cam ultraman atau pun Power Rangers. Rasa macam si abang rupanya si adik. Takpun rasa macam si adik rupanya si kakak. Takpun ingatkan ini anak Mak Ngah rupanya anak Mak Ndak.. takpun ..ermmmm nak panggil apa eh pakcik/makcik ni. Macam mana dia bleh related dengan mak ngan ayah.. Haaaaaaaaaaaa apsal bleh jadi camni? Cuba teka. Cuba teka. Antara sebab utama, dulu malas nak pegi raya rumah sedara mara. Ha ni lah jadinya kalau masa time sekolah dulu nak mengadap tvvvvvvvvvv jer time raya, takpun malas nak ikut orang tua pegi beraya. Ha kan dah tak kenal.

Apa-apa pun walau pun tak berapa nak kenal.. Sesi makan tetap on kan, kan, kan. Jadi inilah sesi yang paling ditunggu-tunggu. Tiap-tiap rumah mesti ada menu special termasuk la rumah kita. Raya ni selalu masak rendang, ketupat dengan kuah lodeh/kuah kacang. Ha tetiba abah suruh masak nasi beriyani di pagi hari raya pertama.. Ha ameekkk kaw.  Ini mesti penangan cubaan nasi tomato yang telah berjaya direalisasi dan dihabiskan masa bulan puasa hari tu.. Walau pun target nasi beriyani belum berjaya dicapai sampai hari ni walau pun dah raya ke 21, misi tu akan diteruskan jugak.. tak kisah lah raya haji pun bolehhhh... yang penting walau pun rumah kita tak jadi angan-angan resipi yang kita nak buat tu, yang penting orang ajak raya kita pergi la... tolong dorang rasa, tolong komen makanan, tolong habiskan, tolong tapau errrr tolong kemas pun ada juga. Yang paling tak seronok pegi sesi makan-makan nih ialah kalau tuan rumah tu letak serbuk perasa yang melampau dalam makanan yang dihidangkan. Alahai, kalaulah macam tu lah kejadiannya, maka balik rumah akan terseksa la jiwa dan raga. Pening kepala tak usah cakap la. Kalau nasib tak baik lagi, maka sakit perut dan sesi bermesra dengan tandas la jawabnya. Uhuksss