Monday 12 November 2012

Biarlah Hujan.. Janganlah Banjir

Sekarang dah masuk bulan November. Maka dah bermula juga musim hujan.  Sangat bersyukur tinggal dalam negara yang diberi anugerah Allah hujan sepanjang tahun macam di Malaysia.  Pastinya hujan tu suatu rahmat untuk menyuburkan tanah di muka bumi dan membersihkan debu serta kotoran.  Kalau jarang-jarang hujan mesti susah untuk orang Malaysia yang dah biasa mewah dengan limpahan air yang banyak.   Tapi musim hujan pun ada dugaan dan cubaannya tersendiri. Dugaan paling kecil aku rasa baju lambat kering dan jalan sesak sebab semua kenderaan kene la pandu berhati-hati sebab jarak penglihatan yang kurang dan jalan licin. Kalau masalah baju lambat kering senang jer. Kalau duit lebih blehlah terus hantar dobi jer suruh diaorang uruskan. Takpun beli mesin pengering. Dua-dua ni kene modal la. Modal untuk hantar dobi atau modal nak beli mesin pengering dan bayar bil letrik tinggi daripada biasa.  Kalau fulus kering walaupun hujan basah, maka kene fikir cara paling mudah nak kasi baju kering. Hehehe apalagi. Jemur dalam rumah la. Itupun kalau kat luar rumah tak ada ruang dah nak menyidai baju. Kalau ada pun basah kene tempias.  Dah sidai dalam rumah, bukak kipas laju-laju. Baru puas hati. Tapi ada jer masa kalau tak hujan pun kita pakai taktik nak kering baju cepat. Contohnya masa aku kekecik dulu. Terhegeh-hegeh basuh kasut lambat. Hari Ahad petang baru nak cuci. Jadik jemur kejap kat luar kasi dia berangin sebelum mak aku tengok dia rasa berangin gak. Pastu dah malam letak belakang peti ais. Insya Allah esok kering. Tapi itu peti sejuk yang lama-lama. Tak tau la peti sejuk zaman sekarang ni. Bila musim hujan ni, dulu tak susah hati ngat kalau banjir sebab sepuluh tahun ke atas baru sekali dia akan menyebabkan banjir besar. Tapi sekarang dah macam kerap la pulak terutama kat rumah abah. Asalkan hujan melebihi 4 jam jer abah dah susah hati. Aku lagi la susah hati sebab bilik kat bawah. Kecik-kecik dulu kalau banjir air tak naik tilam pun. Paras bawah katil jer. Teringat aku terjaga jer dari tidur pukul 3 pagi, air kat keliling.  Merasa la tidur dalam air walaupun tilam tu tak basah. Sekarang tak adanya macam tu. Banjir bulan 3 tahun 2012 lah aku rasa paling teruk setakat ni. Air sampai ke paras bahu. Nak tidur mendenya dalam rumah. Rumah pun dah tenggelam. Tak sempat nak selamatkan banyak barang sebab air naik terlampau cepat. Sedih jer tengok pinggan mangkuk terapung. Apa pun syukur Alhamdulillah. Bila banjir surut pinggan mangkuk satu pun tak hilang cuma dia terletak merata-rata jer dalam rumah.  Ya Allah permudahkanlah urusan kami pada musim hujan pada kali ni.

Friday 9 November 2012

Cuba Rawatan Homeopathy Pula

Hari Ahad lepas aku pergi temankan kakak ipar aku hantar anak dia balik asrama kat Dengkil. On the way ke sana kami singgah dulu untuk dapatkan rawatan dari klinik homeopathy Al-Hikmah.  Kat situlah aku dapatkan pendapat kedua masa hospital dah tetapkan tarikh pembedahan untuk buang ketumbuhan dalam badan sebelum pegi Jepun dulu. Bukannya aku tak yakin dengan doktor tapi cuma nak usahakan cara lain juga kalau-kalau boleh mengelak dewan pembedahan. Sekurang-kurangnya aku boleh ada pilihan lain selain daripada masuk dewan bedah. Aku memang takut dengan dewan bedah.  Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku dan aku tak perlu dibedah sebab ketumbuhan itu beransur-ansur mengecil dan harap-harap terus hilang dari badan aku nih. Hari tu aku datang nak temankan kakak ipar aku pulak. Dia pulak ada cyist dan doktor dah tetapkan tarikh pembedahan pada pertengahan Disember 2012. Nak usahakan juga kalau-kalau cyist tu boleh mengecil atau rahim tu kembali normal tanpa ada apa-apa ketumbuhan kat situ.  Masa aku duduk bersantai kat ruang menunggu tu sementara tunggu doktor macam-macam pengetahuan la juga aku timba. Aku ingatkan homeopathy tu untuk rawatan penyakit tertentu jer. Rupa-rupanya boleh juga diusahakan untuk dijadikan penawar untuk banyak penyakit termasuklah penyakit mental. Pastu masa borak-borak dengan doktor tu, ada gak dia bagitau.  Penyakit ni banyaknya punca dari makanan la. Jadi nak ubatkan juga pun dari makanan la.  Bila difikir-fikir balik banyak benarnya cara pemakanan kita banyak mempengaruhi diri kita. Cer tanya orang yang jarang pergi spital tu.  Cara dorang makan. Selalu kita akan dengar dorang makan simple jer. Banyakkan sayur-sayuran, ulam, minum air banyak  dan keluarkan peluh. Tak kisahla kot cara nak keluarkan peluh tu sama ada banyak buat kerja yang menggerakkan tulang empat kerat tu atau bersenam. Aku sekarang ni sangat minima makan daging walau pun tersangatlah sukanya makan menda yang berasaskan daging - masak kicap, daging salai masak lemak cili api, gulai kari, masak kurma, masak asam dan sambal daging.  Rendang tak yah sebut la.  Kalau rendang hitam arwah uwan selalu buat tu aku bleh mengadap nasi pagi petang siang malam dengan lauk tu jer. Macam tu gak dengan rendang minang yang ada nenek kat area kampung aku ni buat. Memang mabeles. Tapi nenek tu jugak dah takder kat dunia ni.  Hmmm semoga ruh mereka ini sentiasa tenang kat sana. Aku pun memang dah tak kisah sangat sebab kene kawal makan sekarang ni. Bukan nak diet tapi nak sihat. Hehehe... supaya bleh mengelak daripada makan ubat, cucuk jarum dan dewan bedah.... Aaamin.

Friday 2 November 2012

Banyaknya Serbuk Perasa

Lepas makan steak ayam tadi terus balik ke pejabat. Tak sampai setengah jam, kepala dah rasa sakit dan berat. Adoyaiiii ini mesti berkilo-kilo serbuk perasa dorang dah letak dalam makanan tengahari tadi. Tak tau lah dalam steak atau sup tomato tadi. Yang penting kepala dah sakit sangat ni. Inilah akibat takder alat pengesan jumlah serbuk perasa yang dituang dalam makanan. Aku selalu berangan-angan cipta alat ni. Setakat ni medium pengesan cuma kepala jer la. Kalau kepala tu rasa macam dah nano tu maksudnya banyaklah serbuk perasa aku dah telan ni. Kenapa la orang suka sangat pakai serbuk perasa nih. Aku yang tak pandai masak ni pun tak pakai serbuk perasa ni. Aku rasa patutnya orang yang pandai masak lagi la tak payah pakai serbuk perasa sebab dorang lagi tau nak masukkan perencah apa yang sedap selain guna serbuk perasa. Tapi takder jaminan gak. Kadang-kadang makan kat tempat macam gah jer, balik kepala dah nampak bulan bintang dah.  Kedai sempoi plak yang makan confirm tak pening.  Tapi tak bleh nak yakin sangat jugak kedai sempoi tak pakai langsung. Ada yang curah serbuk perasa nak cepat dimasak sedap dimakan pun banyak gak. Aku rasa kalau kedai tomyam confirm pakai serbuk perasa. Kedai mamak tengok jenis makanan la kot. Setakat ni kalau order roti canai atau roti nan ok lagi. Mungkin kalau penyebab pening pun kuah dia la kot kalau nak tuang serbuk perasa pun.  Aku kalau dapat tau awal makanan ada serbuk perasa memang makan sikit jer la untuk jaga hati atau alas perut. Kalau tak tau tu, belasah jugalah kalau sedap pastu tanggungla pening tu kemudian. Selamatlah aku kalau makanan tu curah serbuk perasa tapi tetap atau langsung tak sedap. Memang tak makan dan maka tak pening la kepala aku. Alangkah bagusnya kalau ada alat pengesan kehadiran serbuk perasa dalam makanan ni. Sekurangnya boleh la tau kuantiti dia banyak ke sikit. Ingat lagi. Dek kerana serbuk perasa ni jugaklah  aku pernah kene papah balik rumah sebab makan mee sup makcik kantin sekolah jual. Selepas menahan pening yang melampau, aku dengan tanpa segan silunya muntah bersungguh-sungguh mengeluarkan isi perut. Nasib baik dah habis waktu sekolah dan bukan dalam kelas. Sejak hari tu memang tak sentuh dah apa-apa mee yang makcik tu jual. Arwah mak bekalkan makanan. Jadi beli air jerla kat kantin.  Masa kat Jepun nyaris jer aku rebah kat stesen keretapi lepas makan kat ada satu kedai Siam kat sana. Aku dah tau mesti akan letak serbuk perasa punya tapi tak sangka plak banyak sangat sampai impak macam tu. Yerlah dah teringin sangat nak makan makanan siam. Yang ni kesan dia memang serta merta. Habis jer makan dan bayar, terus kepala berat dan sakit. Lepas jer lalu tempat tiket tu, terus cari tempat duduk sebab rasa orang keliling dan berubah jadi samar-samar jer.  Keretapi pun nampak macam bling bling jugak. Yang best kat Jepun ni, vending machine air ada banyak merata-rata.  Jadi bila dah jadi camtu, penawar sementara adalah air jerlah. Jadi pilih jer nak air panas atau air sejuk. Macam-macam perasa ada. Bila jadi camtu cepat-cepat beli air teh limau dengan air kosong beberapa botol. Lama juga duduk dalam stesen tu tunggu kepala stabil sikit dan selamat untuk naik keretapi yang sentiasa sesak tu.  Hmmmm bila dah banyak kali kene camni selalu wish ada orang cipta alat pengesan kuantiti serbuk perasa dalam makanan nih.. Apsal terlupa nak bagitau Doraemon hari tu eh...