Monday, 12 November 2012

Biarlah Hujan.. Janganlah Banjir

Sekarang dah masuk bulan November. Maka dah bermula juga musim hujan.  Sangat bersyukur tinggal dalam negara yang diberi anugerah Allah hujan sepanjang tahun macam di Malaysia.  Pastinya hujan tu suatu rahmat untuk menyuburkan tanah di muka bumi dan membersihkan debu serta kotoran.  Kalau jarang-jarang hujan mesti susah untuk orang Malaysia yang dah biasa mewah dengan limpahan air yang banyak.   Tapi musim hujan pun ada dugaan dan cubaannya tersendiri. Dugaan paling kecil aku rasa baju lambat kering dan jalan sesak sebab semua kenderaan kene la pandu berhati-hati sebab jarak penglihatan yang kurang dan jalan licin. Kalau masalah baju lambat kering senang jer. Kalau duit lebih blehlah terus hantar dobi jer suruh diaorang uruskan. Takpun beli mesin pengering. Dua-dua ni kene modal la. Modal untuk hantar dobi atau modal nak beli mesin pengering dan bayar bil letrik tinggi daripada biasa.  Kalau fulus kering walaupun hujan basah, maka kene fikir cara paling mudah nak kasi baju kering. Hehehe apalagi. Jemur dalam rumah la. Itupun kalau kat luar rumah tak ada ruang dah nak menyidai baju. Kalau ada pun basah kene tempias.  Dah sidai dalam rumah, bukak kipas laju-laju. Baru puas hati. Tapi ada jer masa kalau tak hujan pun kita pakai taktik nak kering baju cepat. Contohnya masa aku kekecik dulu. Terhegeh-hegeh basuh kasut lambat. Hari Ahad petang baru nak cuci. Jadik jemur kejap kat luar kasi dia berangin sebelum mak aku tengok dia rasa berangin gak. Pastu dah malam letak belakang peti ais. Insya Allah esok kering. Tapi itu peti sejuk yang lama-lama. Tak tau la peti sejuk zaman sekarang ni. Bila musim hujan ni, dulu tak susah hati ngat kalau banjir sebab sepuluh tahun ke atas baru sekali dia akan menyebabkan banjir besar. Tapi sekarang dah macam kerap la pulak terutama kat rumah abah. Asalkan hujan melebihi 4 jam jer abah dah susah hati. Aku lagi la susah hati sebab bilik kat bawah. Kecik-kecik dulu kalau banjir air tak naik tilam pun. Paras bawah katil jer. Teringat aku terjaga jer dari tidur pukul 3 pagi, air kat keliling.  Merasa la tidur dalam air walaupun tilam tu tak basah. Sekarang tak adanya macam tu. Banjir bulan 3 tahun 2012 lah aku rasa paling teruk setakat ni. Air sampai ke paras bahu. Nak tidur mendenya dalam rumah. Rumah pun dah tenggelam. Tak sempat nak selamatkan banyak barang sebab air naik terlampau cepat. Sedih jer tengok pinggan mangkuk terapung. Apa pun syukur Alhamdulillah. Bila banjir surut pinggan mangkuk satu pun tak hilang cuma dia terletak merata-rata jer dalam rumah.  Ya Allah permudahkanlah urusan kami pada musim hujan pada kali ni.

Friday, 9 November 2012

Cuba Rawatan Homeopathy Pula

Hari Ahad lepas aku pergi temankan kakak ipar aku hantar anak dia balik asrama kat Dengkil. On the way ke sana kami singgah dulu untuk dapatkan rawatan dari klinik homeopathy Al-Hikmah.  Kat situlah aku dapatkan pendapat kedua masa hospital dah tetapkan tarikh pembedahan untuk buang ketumbuhan dalam badan sebelum pegi Jepun dulu. Bukannya aku tak yakin dengan doktor tapi cuma nak usahakan cara lain juga kalau-kalau boleh mengelak dewan pembedahan. Sekurang-kurangnya aku boleh ada pilihan lain selain daripada masuk dewan bedah. Aku memang takut dengan dewan bedah.  Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku dan aku tak perlu dibedah sebab ketumbuhan itu beransur-ansur mengecil dan harap-harap terus hilang dari badan aku nih. Hari tu aku datang nak temankan kakak ipar aku pulak. Dia pulak ada cyist dan doktor dah tetapkan tarikh pembedahan pada pertengahan Disember 2012. Nak usahakan juga kalau-kalau cyist tu boleh mengecil atau rahim tu kembali normal tanpa ada apa-apa ketumbuhan kat situ.  Masa aku duduk bersantai kat ruang menunggu tu sementara tunggu doktor macam-macam pengetahuan la juga aku timba. Aku ingatkan homeopathy tu untuk rawatan penyakit tertentu jer. Rupa-rupanya boleh juga diusahakan untuk dijadikan penawar untuk banyak penyakit termasuklah penyakit mental. Pastu masa borak-borak dengan doktor tu, ada gak dia bagitau.  Penyakit ni banyaknya punca dari makanan la. Jadi nak ubatkan juga pun dari makanan la.  Bila difikir-fikir balik banyak benarnya cara pemakanan kita banyak mempengaruhi diri kita. Cer tanya orang yang jarang pergi spital tu.  Cara dorang makan. Selalu kita akan dengar dorang makan simple jer. Banyakkan sayur-sayuran, ulam, minum air banyak  dan keluarkan peluh. Tak kisahla kot cara nak keluarkan peluh tu sama ada banyak buat kerja yang menggerakkan tulang empat kerat tu atau bersenam. Aku sekarang ni sangat minima makan daging walau pun tersangatlah sukanya makan menda yang berasaskan daging - masak kicap, daging salai masak lemak cili api, gulai kari, masak kurma, masak asam dan sambal daging.  Rendang tak yah sebut la.  Kalau rendang hitam arwah uwan selalu buat tu aku bleh mengadap nasi pagi petang siang malam dengan lauk tu jer. Macam tu gak dengan rendang minang yang ada nenek kat area kampung aku ni buat. Memang mabeles. Tapi nenek tu jugak dah takder kat dunia ni.  Hmmm semoga ruh mereka ini sentiasa tenang kat sana. Aku pun memang dah tak kisah sangat sebab kene kawal makan sekarang ni. Bukan nak diet tapi nak sihat. Hehehe... supaya bleh mengelak daripada makan ubat, cucuk jarum dan dewan bedah.... Aaamin.

Friday, 2 November 2012

Banyaknya Serbuk Perasa

Lepas makan steak ayam tadi terus balik ke pejabat. Tak sampai setengah jam, kepala dah rasa sakit dan berat. Adoyaiiii ini mesti berkilo-kilo serbuk perasa dorang dah letak dalam makanan tengahari tadi. Tak tau lah dalam steak atau sup tomato tadi. Yang penting kepala dah sakit sangat ni. Inilah akibat takder alat pengesan jumlah serbuk perasa yang dituang dalam makanan. Aku selalu berangan-angan cipta alat ni. Setakat ni medium pengesan cuma kepala jer la. Kalau kepala tu rasa macam dah nano tu maksudnya banyaklah serbuk perasa aku dah telan ni. Kenapa la orang suka sangat pakai serbuk perasa nih. Aku yang tak pandai masak ni pun tak pakai serbuk perasa ni. Aku rasa patutnya orang yang pandai masak lagi la tak payah pakai serbuk perasa sebab dorang lagi tau nak masukkan perencah apa yang sedap selain guna serbuk perasa. Tapi takder jaminan gak. Kadang-kadang makan kat tempat macam gah jer, balik kepala dah nampak bulan bintang dah.  Kedai sempoi plak yang makan confirm tak pening.  Tapi tak bleh nak yakin sangat jugak kedai sempoi tak pakai langsung. Ada yang curah serbuk perasa nak cepat dimasak sedap dimakan pun banyak gak. Aku rasa kalau kedai tomyam confirm pakai serbuk perasa. Kedai mamak tengok jenis makanan la kot. Setakat ni kalau order roti canai atau roti nan ok lagi. Mungkin kalau penyebab pening pun kuah dia la kot kalau nak tuang serbuk perasa pun.  Aku kalau dapat tau awal makanan ada serbuk perasa memang makan sikit jer la untuk jaga hati atau alas perut. Kalau tak tau tu, belasah jugalah kalau sedap pastu tanggungla pening tu kemudian. Selamatlah aku kalau makanan tu curah serbuk perasa tapi tetap atau langsung tak sedap. Memang tak makan dan maka tak pening la kepala aku. Alangkah bagusnya kalau ada alat pengesan kehadiran serbuk perasa dalam makanan ni. Sekurangnya boleh la tau kuantiti dia banyak ke sikit. Ingat lagi. Dek kerana serbuk perasa ni jugaklah  aku pernah kene papah balik rumah sebab makan mee sup makcik kantin sekolah jual. Selepas menahan pening yang melampau, aku dengan tanpa segan silunya muntah bersungguh-sungguh mengeluarkan isi perut. Nasib baik dah habis waktu sekolah dan bukan dalam kelas. Sejak hari tu memang tak sentuh dah apa-apa mee yang makcik tu jual. Arwah mak bekalkan makanan. Jadi beli air jerla kat kantin.  Masa kat Jepun nyaris jer aku rebah kat stesen keretapi lepas makan kat ada satu kedai Siam kat sana. Aku dah tau mesti akan letak serbuk perasa punya tapi tak sangka plak banyak sangat sampai impak macam tu. Yerlah dah teringin sangat nak makan makanan siam. Yang ni kesan dia memang serta merta. Habis jer makan dan bayar, terus kepala berat dan sakit. Lepas jer lalu tempat tiket tu, terus cari tempat duduk sebab rasa orang keliling dan berubah jadi samar-samar jer.  Keretapi pun nampak macam bling bling jugak. Yang best kat Jepun ni, vending machine air ada banyak merata-rata.  Jadi bila dah jadi camtu, penawar sementara adalah air jerlah. Jadi pilih jer nak air panas atau air sejuk. Macam-macam perasa ada. Bila jadi camtu cepat-cepat beli air teh limau dengan air kosong beberapa botol. Lama juga duduk dalam stesen tu tunggu kepala stabil sikit dan selamat untuk naik keretapi yang sentiasa sesak tu.  Hmmmm bila dah banyak kali kene camni selalu wish ada orang cipta alat pengesan kuantiti serbuk perasa dalam makanan nih.. Apsal terlupa nak bagitau Doraemon hari tu eh...

Tuesday, 30 October 2012

Sesat Lagi....

Waaaaa...hari ni sesat lagi masa nak cari jalan. Aku rasa aku dengan bab2 sesat jalan ni memang dah sebati kot. Hari ni sesat masa nak pergi pusat bandar Shah Alam dari Putrajaya.  Walaupun aku dah pernah pergi dari Putrajaya ke Shah  Alam lebih dari 3 kali, aku tetap salah jalan juga. Ada jer sebabnya. Tersalah keluar exit la, terlepas simpang la, jalan tutup pastu kene ikut jalan alternatif yang ntah mana2 la... ada jer. Hari ni aku tak sure nak keluar exit mana. Rupanya dah tersalah dan terlepas exit jadi masuklah highway Guthrie. Yang paling mencabar, dah la aku rasa ntah mana area la aku dah sesat, hujan pulak turun selebat-lebatnya. Jalan boleh nampak dalam 500-700 meter jer. Waaaaa rasa macam nak nangis. Ada satu ketika aku tak perasan ada takungan air besar kat jalan besar tu. Jadi redah jerla. Tiba-tiba enjin dah macam tersedak air. Kereta macam berat jer nak jalan. Jalan pulak sunyi sepi jer dengan kereta yang jarang-jarang lalu kat area tu masa hujan lebat tu. Dalam hati dah risau sangat kalau2 enjin kereta terpadam sebab masuk air. Dah la ntah sesat kat Seksyen mana ntah. Pastu roundbout banyak tak tau nak masuk simpang mana satu. Signboard tak nampak sebab hujan lebat jadi tak tau nak ikut arah mana. Itu tak masuk lagi kilat yang memancar kat cermin kete. Menggelabah giler.Walaupun dah ramai membebel suruh beli GPS sebab kekerapan kesesatan aku cari jalan walau pun dalam area Lembah Klang, aku tetap tak beli juga. Yerlah kalau GPS pun kene setting juga. Pastu kat telefon pun dah ada peta. Takpun selalu sebelum pegi tempat yang tak familiar, aku google peta atau alternatif2 jalan yang ada dulu.. Bila dah jadi macam tu, redah jer la dan cari landmarks yang aku kenal. Hmmm tak serik2. Tapi kalau serik nak meredah, nanti tak lepas ke mana-mana la.  Kalau sesat kat negara sendiri tak apa kot.. at least tak la lama ngat nak cari jalan keluar/pulang.  Teringat dulu pernah sesat kat Laos. Yang sadisnya tak jumpa jalan balik rumah tengah malam-malam buta. Padahal dari ofis jer. Yerlah masa mula-mula drive kat sana. Satu hari balik lewat dari biasa. Kunun nak siapkan keje yang urgent. On the way balik, rupanya dah tak boleh lalu semua jalan yang masuk bandar. Jadi menggagau fikir jalan hujung bandar yang pernah ikut. Bawa jer kete ikut rasa hati. Nak baca signboard tak faham sebab semua tulisan jawi dia masa tu. Dalam bandar jer senang banyak tulisan rumi. Nak tanya tak reti lagi nak cakap bahasa diaorang.  Jalan-jalan tak jumpa jalan balik. Pusing-pusing tak jumpa jalan keluar. Jadi jalan jer la terus. Dalam hati berdoa jer janganlah jadi apa-apa dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.  Doa juga janganlah minyak kereta habis sebab tak nampak juga stesen minyak kat area tu. Yang ada pun dah tutup. Mana ada yang 24 jam macam kat Malaysia. Ada satu ketika rasa macam nak mendongak keatas bila nampak satu pintu gerbang. Rasa macam pernah nampak pintu gerbang tu sebab pintu tu macam penanda sempadan antara kawasan bandar dengan jalan menuju arah utara dan selatan negara tu. Kalau kat Malaysia yang tulis contohnya Selamat Jalan.  Jumpa Lagi.  Apalagi nampak jer pintu tu barulah tersedar kereta aku dah jalan giler jauh.  Tapi bila terjumpa pintu tu la bleh flashback balik jalan mana boleh ikut untuk balik. So, dari situ patah balik dan barulah ingat simpang/lorong mana nak ikut untuk balik.  Walaupun dah menjelang tengah malam masa tu, kuatkan juga hati untuk terus cari. Akhirnya... fuh lega. Nampak gak pintu rumah. Alhamdulillah. 

Monday, 29 October 2012

Oktober: Bulan Kesedaran Barah Payudara

Balik jer dari rumah abah hari Ahad, pastu selesaikan semua kain baju dan apa yang patut kat rumah sendiri, terus tersandar kat depan TV.  Masa tengah cari-cari channel, ternampak satu iklan : Oktober - Bulan Kesedaran Barah Payudara. Terus terkenang dengan arwah mak.  Teringat dugaan mak pergi rawatan kemoterapi, buat lawatan doktor, luka yang perlu dibersihkan setiap beberapa jam, ubat-ubat dia yang banyak tak kurang daripada 20 biji sekali ambik, senaman taichi yang dia pergi dan usaha-usaha yang kami ikhtiarkan agar emak sembuh. Tak tau puncanya di mana sebab kalau dulu-dulu orang kata siapa yang tak susukan badan anak-anak masa kecik diaorang yang mudah kena. Tapi ramai yang beritahu emak susukan kami semua sembilan beradik. Yang berbeza cuma lama atau kejap aje bergantung kepada kuantiti susu yang ada. Asalnya dapat tau terkena penyakit tu bila arwah mak secara suka-suka ikut kawan dia buat check up masa umur dia dalam lingkungan 45-47 tahun. Sangat terkejut bila keputusan ujian dapat tau dia ada barah tu tapi masih di peringkat awal.  Jadi atas nasihat doktor, emak perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk bunuh semua sel-sel barah tu dan untuk elak dari merebak ke tempat lain. Alhamdulillah semua rawatan tu membantu untuk emak sembuh semula. Walau bagaimanapun, ia cuma mampu bertahan selama dua tahun bila penyakit tu menyerang semula di spot yang sama. Bila serangan kali kedua menyerang, barah tu telah pun berada di Tahap Tiga. Mungkin betul la seperti ramai orang kata... barah ialah pembunuh senyap. Masa tu ramai yang mahu membantu memberi petua dan cadangan rawatan alternatif untuk merawat penyakit barah payudara ni. Setelah kira-kira setahun melawan penyakit tersebut, akhirnya emak kembali mengadap Penciptanya Rabbul Jalil. Peristiwa ini banyak mengajar aku tentang banyak perkara terutamanya tentang penjagaan kesihatan. Walaupun aku sendiri tak tau apa sebenarnya punca penyakit ni tapi ada beberapa perkara yang aku rasa sebagai perempuan kita perlu beri perhatian : i) pemakanan & penyediaan makanan ii) exercise - tak perlu yang berat2, kalau banyak berjalan kaki pun dah cukup baik, kalau mampu 10,000 tapak sehari hhehehe tujuannya nak buang toksik dalam badan yang menimbun2 sebab kita makan macam-macam benda tu. Dahla kalau pegi shopping/kedai/pasar pun kita kalau boleh nak parking betul2 depan pintu kedai sebab tak nak jalan jauh iii) pemeriksaan berkala pada diri sendiri setiap bulan, macam yang dalam brosur klinik kesihatan/hospital bagi tu. Ini sangat membantu untuk pengesanan awal kalau2 kita terkena. Rawatan awal sangat berguna untuk mengelak sel ni merebak ke lain-lain bahagian badan iv)  marilah mengurus stress kita dengan baik. Aku tak ada bukti stress ni boleh menyebabkan kanser. Lagipun aku bukan doktor pun.  Tapi dari pengalaman dan pemerhatian aku stress ni boleh mengganggu kestabilan hormon badan kita dan menyebabkan penyakit pelik-pelik lain kena kat kita. v) amalkan cara hidup sihat dan kalau boleh belajar & amalkan cara hidup yang Rasulullah ajar eg makan bila lapar & berhenti sebelum kenyang, cara wudhuk yang betul, sembahyang awal waktu, makan sumber makanan yang jelas dll. Nampak macam tak ada apa-apa jer kan tapi aku rasa semua ni la membentuk darah daging dalam badan dan cara-cara nak menjaganya dengan betul.  Selain usaha-usaha tu, kita kene doa banyak-banyak mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit sebegini. Jadi sempena bulan kesedaran kanser payudara ni (yang dah nak habis. Aku pun baru sedar.. hehehe) aku pun nak sama-samalah mengajak kaum perempuan dan pelindung kaum perempuan juga untuk sama-sama mencegah penyakit ni. Kalau tak silap aku penyakit ni dah jadi top 3 penyakit pembunuh perempuan kat Malaysia ni. Oleh itu, walau pun bulan Oktober dah nak habis..... jom kita jaga kesihatan tak kisah la bulan apa pun.

Sunday, 28 October 2012

Dialog Gen Y

Entri ni sebenarnya kumpulan cerita dialog generasi Gen Y yang dikumpulkan masa raya haji tahun ni kat rumah abah. Saja la kan.. nak banding dialog anak zaman dulu-dulu dengan anak-anak generasi millenium kan..

Dialog 1 : Baba baru jer beli 3 tempat penyidai baju jenis besi kaler silver. Mama pun apa lagi mintak la suruh pasang cepat supaya boleh sidai baju yang menimbun :

Mama : Baba, cepatla pasang penyidai baju tu. Mama nak sidai baju ni. Ada banyak lagi keje nak buat ni.
Baba : Ye la, ye la. Kejap lagi Baba pasang la. Baba penat ni baru balik dari kedai.
Anak (Umur 3 tahun) : Heee bestnya Baba beli transformer (=tempat penyidai). Baba, cepat la pasang transformer yang Baba beli tu. Cepatla, cepatla. Nak tengok ni. Pasang la transformer tu sekarang.

Kesan : Baba terus bangun dan pasang transformer untuk Mama ... hehehehhe
Moral : Ayat kene betul... transformer ok bukan tempat penyidai baju

Dialog 2 : Seorang anak perempuan baru jer kene denda tak boleh guna FB sepanjang cuti hari raya haji ni. Sebabnya dia dah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu i.e. hari sekolah tak boleh guna dan kene jaga tata susila bila guna FB

Anak : Ibu, boleh la guna FB. Kakak boring la.
Ibu : Tak payah nak boring-boring. Ibu kecik-kecik dulu, takder FB, ibu tak boring pun (macam tak puas hati jer zaman ibu takder FB.. wahahahah). Banyak jer benda lain yang ibu boleh buat. Dah, pergi baca buku ker, tolong ibu kemas rumah ker apa-apa la yang berfaedah. Bukan ibu tak nak bagi, tapi bila ibu dah bagi tak nak dengar cakap ibu apa yang boleh apa yang tak boleh. Untuk masa sekarang belum boleh pakai FB tu lagi sampai ibu bagitau.

Kesan : Tak boleh buka FB adalah punca utama keboringan gen Y.
Moral : Lain kali ciptalah FB awal-awal masa zaman ibu supaya ibu pun tau macam mana boringnya kalau tak boleh buka FB... hehehhe jangan marah yer Bu.




Friday, 26 October 2012

Opocotttt....

Hari ni hari raya korban. Tahun ni pagi raya takder sapa pun kat rumah abah kecuali aku, adik dan Amat.  Adik-beradik yang lain ada yang raya kat rumah mertua, ada yamg tak dapat cuti & ada yang solat raya kat area rumah masing-masing dulu.  Memandangkan tahun ni raya haji jatuh hari jumaat, banyak tempat buat ibadah korban hari sabtu. Ye lah tak lama lepas sembahyang raya, nak pegi sembahyang jumaat pulak. Hari ni abah kata masjid buat korban hari sabtu tapi dia kene pergi tolong persatuan warga emas untuk buat korban. Tak banyak dia kata. Ada 3 ekor jer. Jadi dia pegi sana lepas sarapan. Rumah abah ni kalau raya haji tak chaos sangat. Sebabnya pepagi abah hanya akan jamah makanan lepas balik solat sunat raya. Jadi takla terkocoh- kocoh nak sediakan sarapan seawal pagi macam raya puasa. Menjelang petang dah ramai dah balik rumah abah.  Masak nasi pun dah 3 kali. Borak-borak, makan, tidur, tukar-tukar lagu dengan henpon masing-masing dan aktiviti-aktiviti santai kat rumah. Dah nak dekat tengah malam barulah masing-masing bergerak balik. Macam Cinderella la pulak. Nak dijadikan cerita, tengah masing-masing sibuk menyarung selipar, tiba-tiba anak sedara aku, Hana menjerit. " Opocot... atukkkkkkk ada anak ular dekat selipar Hana. " Dah yang lain pun cemas dan jadi kelam kabut. Mana la tau kot2 ular tu kecik tapi bisa. Abah cepat2 suruh adik pegi ambik tongkat buluh dia kat dapur.  Petua orang tua-tua kan. Ular tak suka buluh. Lagipun dengan tongkat tu jugalah abah pernah berlawan dengan ular senduk hitam masa dia balik dari masjid jalan kaki ikut jalan shortcut kat belakang rumah dulu.  Lepas tu demam la jugak seminggu sebab terkejut jumpa makhluk tu dan siap kene lawan lagi. Memang abah tak ikut lagi dah jalan belakang tu.  Sambung citer Hana tadi, bukan dia jer yang menjerit, habis yang lain pun kecoh. Pastu abah pun pukul la kepala anak ular tu sekali pastu campak jauh2. Dia tak bunuh cuma mungkin anak ular tu dah cedera la. Bila suasana dah tenang sket, baru adik aku yang sorang lagi bersuara. Dia rasa macam dah terpijak anak ular tu masa sarung selipar tapi tak sangka plak itu ular. Macam mengelirukan jer kenyataan dia tuh. Bila anak dia menjeritla baru perasan itu anak ular... Macam mana mama kau ni Hana... confirm menonong jer masa sarung kasut sebab perut dah kenyang, hati dah senang, hari dah malam, mata pun dah naik kelam agaknya....