Balik jer dari rumah abah hari Ahad, pastu selesaikan semua kain baju dan apa yang patut kat rumah sendiri, terus tersandar kat depan TV. Masa tengah cari-cari channel, ternampak satu iklan : Oktober - Bulan Kesedaran Barah Payudara. Terus terkenang dengan arwah mak. Teringat dugaan mak pergi rawatan kemoterapi, buat lawatan doktor, luka yang perlu dibersihkan setiap beberapa jam, ubat-ubat dia yang banyak tak kurang daripada 20 biji sekali ambik, senaman taichi yang dia pergi dan usaha-usaha yang kami ikhtiarkan agar emak sembuh. Tak tau puncanya di mana sebab kalau dulu-dulu orang kata siapa yang tak susukan badan anak-anak masa kecik diaorang yang mudah kena. Tapi ramai yang beritahu emak susukan kami semua sembilan beradik. Yang berbeza cuma lama atau kejap aje bergantung kepada kuantiti susu yang ada. Asalnya dapat tau terkena penyakit tu bila arwah mak secara suka-suka ikut kawan dia buat check up masa umur dia dalam lingkungan 45-47 tahun. Sangat terkejut bila keputusan ujian dapat tau dia ada barah tu tapi masih di peringkat awal. Jadi atas nasihat doktor, emak perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk bunuh semua sel-sel barah tu dan untuk elak dari merebak ke tempat lain. Alhamdulillah semua rawatan tu membantu untuk emak sembuh semula. Walau bagaimanapun, ia cuma mampu bertahan selama dua tahun bila penyakit tu menyerang semula di spot yang sama. Bila serangan kali kedua menyerang, barah tu telah pun berada di Tahap Tiga. Mungkin betul la seperti ramai orang kata... barah ialah pembunuh senyap. Masa tu ramai yang mahu membantu memberi petua dan cadangan rawatan alternatif untuk merawat penyakit barah payudara ni. Setelah kira-kira setahun melawan penyakit tersebut, akhirnya emak kembali mengadap Penciptanya Rabbul Jalil. Peristiwa ini banyak mengajar aku tentang banyak perkara terutamanya tentang penjagaan kesihatan. Walaupun aku sendiri tak tau apa sebenarnya punca penyakit ni tapi ada beberapa perkara yang aku rasa sebagai perempuan kita perlu beri perhatian : i) pemakanan & penyediaan makanan ii) exercise - tak perlu yang berat2, kalau banyak berjalan kaki pun dah cukup baik, kalau mampu 10,000 tapak sehari hhehehe tujuannya nak buang toksik dalam badan yang menimbun2 sebab kita makan macam-macam benda tu. Dahla kalau pegi shopping/kedai/pasar pun kita kalau boleh nak parking betul2 depan pintu kedai sebab tak nak jalan jauh iii) pemeriksaan berkala pada diri sendiri setiap bulan, macam yang dalam brosur klinik kesihatan/hospital bagi tu. Ini sangat membantu untuk pengesanan awal kalau2 kita terkena. Rawatan awal sangat berguna untuk mengelak sel ni merebak ke lain-lain bahagian badan iv) marilah mengurus stress kita dengan baik. Aku tak ada bukti stress ni boleh menyebabkan kanser. Lagipun aku bukan doktor pun. Tapi dari pengalaman dan pemerhatian aku stress ni boleh mengganggu kestabilan hormon badan kita dan menyebabkan penyakit pelik-pelik lain kena kat kita. v) amalkan cara hidup sihat dan kalau boleh belajar & amalkan cara hidup yang Rasulullah ajar eg makan bila lapar & berhenti sebelum kenyang, cara wudhuk yang betul, sembahyang awal waktu, makan sumber makanan yang jelas dll. Nampak macam tak ada apa-apa jer kan tapi aku rasa semua ni la membentuk darah daging dalam badan dan cara-cara nak menjaganya dengan betul. Selain usaha-usaha tu, kita kene doa banyak-banyak mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit sebegini. Jadi sempena bulan kesedaran kanser payudara ni (yang dah nak habis. Aku pun baru sedar.. hehehe) aku pun nak sama-samalah mengajak kaum perempuan dan pelindung kaum perempuan juga untuk sama-sama mencegah penyakit ni. Kalau tak silap aku penyakit ni dah jadi top 3 penyakit pembunuh perempuan kat Malaysia ni. Oleh itu, walau pun bulan Oktober dah nak habis..... jom kita jaga kesihatan tak kisah la bulan apa pun.
No comments:
Post a Comment