Thursday, 25 October 2012

Cerita Korban

Selamat hari raya korban semua. Hujan kat luar masih mencurah-curah. Risau juga rasa hati kalau-kalau banjir malam ni kat rumah abah. Kalau banjir macam bulan 3 hari tu, beraya dalam air la nampaknya tahun ni. Apa-apa pun mintak dijauhkan.... Aaminnnn.  Bila malam raya korban ni, selalu teringat macam-macam peristiwa yang berkait dengan raya ni. Kenangan yang paling tak boleh lupa ialah peristiwa break-up dengan xx dolu-dolu.  Walau pun dah lama berlalu dan dah tak sedih, peristiwa tu tetap terlintas kat fikiran setiap kali raya korban. Ye lah jadi korban cintalah katakan. Sebab tu lah ingat kot. Rasanya memang pedihhhhh sangat masa tu. Dengan kejadian yang jadi tiba-tiba camtu, pastu dengan keadaan arwah mak yang lemah sebab pergi rawatan kemoterapi, dengan assignments & exams untuk final sem final year, dengan adik-adik yang masih kecik-kecik lagi masa tu... tak tau nak fikir apa masa tu. Bak kata Najwa Latif, rasa kosong jer. Masa tu la dengar dengan penuh khusyuk khutbah raya tahun tu. Betapa apa pun dugaan dan ujian yang datang pada kita, jangan ada rasa putus asa, jangan ada rasa buruk sangka dengan Allah dan sebagai orang Islam kenelah terima semua tu sebagai qadha dan qadhar yang sudah ditentukan untuk kita. Bunyi macam mudah jer tapi nak mengharung semua tu Allah jer yang tau. Tipu lah kalau tak nangis, tipu lah kalau tak rasa macam tak berdaya jer, tipu la kalau kata kita rasa macam biasa jer. Rasanya itulah waktu yang rasa paling pahit, paling getir, paling mencabar yang pernah terjadi dalam hidup. Masa tu susah nak percaya kita ni rasa macam kene aniaya. Selalu tertanya-tanya kenapalah hidup orang lain mudah jer, happy jer, teratur jer tak la serabut yang macam aku rasa masa tu.  Alhamdulillah berkat limpah kurnia dan rahmat Allah, semua tu dapat dihadapi dengan hati yang redha. Bila teringat kisah lalu dengan apa yang dinikmati dan dicapai sekarang, sesungguhnya semua dugaan tu adalah pelajaran-pelajaran baru dalam hidup. Untuk waktu ni rasanya kalau ada jer masalah berlaku, Insya Allah boleh ditangani dengan baik setakat ni. Insya Allah. Amin. Rasanya taklah sesusah dulu dan mudah2 an tak akan susah lagi. Pastu raya haji jugalah mengingatkan aku dengan posting kerja ke luar negara. The one and only overseas assignment. Aku kene pergi hari raya kedua walau pun dah puas merayu untuk tangguh. Sayu jer rasa hati masa tu orang hantar kat airport dan dengar takbir kat airport. Yer lah takbir masa raya haji kan lama.  So, dua benda nilah selalu timbul kat kepala aku setiap hari raya korban. Tak tau kalau2 raya haji akan datang ada cerita yang menarik juga berlaku. Mana tau aku dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Pasti seronok kalau diberi kesempatan itu. Mudah-mudahan impian tu segera menjadi kenyataan. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga setiap pengorbanan kita itu ikhlas dan diterima Allah. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment