Ha apsal ni? Apsal ni. Entri kali ni bunyi macam ala2 seram jugak tapi sebenarnya satu keperluan kehidupan. Dulu memang tak terfikir pun akan terjebak dalam hal- hal macam ni. Tak taulah orang lain tapi kalau saya, selalu ingat perkara macam ni biarlah orang tua- tua jer buat. Ini kes tak sedar diri la ni. Hehehe ingatkan diri sendiri makin lama makin muda lerrr tu. Baru-baru ni adik yang lelaki tu isteri dia bersalin. Selalu abahlah yang tolong sempurnakan urusan uri bayi ni dari awal sampai tanam. Tapi hari tu abah kata dia ada hal yang takboleh nak tangguh. Jadi dia tak boleh nak uruskan uri cucu dia kali ni. Jadi dia ajarlah adik saya tu macam mana nak sempurnakan uri bayi tu. Korang pernah buat? Tak kisahlah untuk anak sendiri ke, adik ker, anak jiran ker, anak kawan ker, sapa-sapa jer lah. Saya selalu ingat mende ni remeh jer. Selalu fikir asalkan baby & ibu selamat, itu yang utama. Rupanya uri pun penting juga. Abah cakap uri bayi ni ramai peminat dia yang tak nampak tu. Hari tu adik letak kejap jer dalam bilik air tu pun dah macam2 bunyi pelik dah kat luar bilik air tu. Eiiiiii....takutnya. Ingatkan zaman moden ni takder dah citer camtu. Itu satu sebab. Sebab lain kita kene uruskan uri ni cepat2 ialah orang tua-tua kata uri tu kawan baik baby dalam perut ibu. Jadi macam mana kita cepat2 bersihkan baby tu lepas lahir, macam tu la kita kene bersihkan uri tu juga. Ha korang tau ker nak buat caner? Cer citer, cer kita kalau korang pernah. Saya pernah la juga terjebak. Setakat ni sekali seumur hidup. Ingat lagi. Masa tu cuti semester. Makcik mintak tolong tengokkan kazen2 saya yang kecik2 tu kat rumah sebab dia bersalin kat hospital. Saya ingatkan tolong tengokkan makan minum jer. Tu saya reti lah. Tetiba pagi tu pakcik saya letak sebungkus plastik atas sink. Tak cakap pa per pun. Cuma dia kata nak pegi jemput uwan (arwah) kat kampung. So, rilek jer la bersukaria kat umah makcik saya tu. Tetiba ada sorang makcik saya yang lain tepon tanya uri dah basuh ker belum. Saya yang innocent masa tu umpama baby tu pun jawablah.. uri tu rupa dia caner? apsal kene basuh? takder orang cakap apa2 pun pasal uri tu. Suara makcik saya masa tu macam cemas giler suruh saya cek kot2 pakcik ada tinggalkan apa2 kat rumah. Confirm la bungkusan atas sink tu adalah uriiiiii. Kazen saya punya. Dahla first time dapat kazen pompuan, sure makcik dah gelabah uri tak diuruskan lagi. Ingat lagi dia kata kazen dah pucat biru....haaaaaaa siannya baby. Bleh plak saya tanya apsal bleh jadi camtu. Makcik kata sebab uri, kawan baik kazen saya dalam perut tu tak diuruskan lagi. Pastu saya la jadi bidan terjun untuk uruskan uri tu. haaaaaa saya???? Boleh ker? Boleh tak boleh ker kene bolehkan jugak masa tu. Sib baik ada jiran sebelah kasi tunjuk ajar tapi saya la yang kene buat nyer sebab dia dah tak larat. Nak cuci uri ni yang saya belajar kene bukak paip air besar2 supaya air banyak dan sentiasa mengalir untuk cuci darah yang melekat kat uri tu. Mula2 baca Bismillah pastu baca selawat sepanjang basuh uri tu sambil letak garam kasar dan asam jawa banyak2 untuk hilangkan bau darah & hanyir tu..basuh sampai bersih dan tak bleh putus berselawat. Pastu makcik tu suruh cari kain putih yang bersih dan bungkus uri yang dah bersih tu. Pastu cari tempurung kelapa jantan. Masa tu tak tau plak tempurung pun ada jantan betina. Hehehe korang tau? Rasa masa tu macam dalam citer Nujum Pak Belalang la pulak. Dengan muka blank tanya makcik tu macam mana nak tau tempurung tu jantan ker betina... rupanya kalau tempurung, bahagian yang berlubang tu betina, yang takder tu jantan la. Jadi kalau kelapa belah dua, yang belah bawah tak berlubang tu jantan la. Hmmmm sensored gak explanation makcik ni tapi buat jerlah. So, amik dua tempurung jantan cukup untuk masukkan bungkusan kain putih yang ada uri tu pastu tanamla. Pastikan lubang yang dikorek tu cukup dalam supaya tak dimakan dek binatang. Masa tu dorang suruh tanamkan bersama2 beberapa batang paku juga. Ini wajib sebab nak elakkan uri jadi makanan makhluk tak nampak tu. Ada yang letak lada hitam juga dan garam kasar sebanyak yang bleh. Yang tak bleh lupa selain barang2 tu boleh letak gak barang lain. Contohnya letak pensel supaya nanti baby tu rajin belajar. Petua orang tua2 la kot. Rasa macam tak percaya tapi buat jer la nanti kene marah pulak. Pastu hidupkan api dan banyakkan asap atas lubang yang dah kambus tadi. Motif dia nak menghalau jugalah. Tu lah. Dah besar dah pun kazen saya tu sekarang. Baru masuk ipta. Saya tau bukan sebab pensel tu sebab budak2 sekarang nih mana der pakai pensel ngat. Pakai pen canggih, laptop atau ipad jer. Patutnya tanam cip komputer la hari tu dengan uri tu. Ada kawan saya pernah cakap, ada family dia tanam uri baby especially anak perempuan dekat dengan pokok tebu supaya muka dorang sweeeet jer macam gula tebu. Hasilnya? Sweet la kot muka dorang tu Wallahuaklam. Saya pun tak pasti. Yang pasti nak didik anak ni supaya jadi orang yang berguna bukan mudah. Kan kan kan banyak cabarannya. Lain zaman lain caranya. Itu pasti.
No comments:
Post a Comment