Wednesday 20 April 2011

Otot Punca Sakit Belakang

Dah lama dah tak update kat blog nih.. Alasan mudah  - tak sempat. Alasan susah - ada banyak komitmen lain yang perlu diutamakan.. komitmen tidur, komitmen makan, komitmen keje. Pendek kata macam-macam komitmen. Tapi hari ni terbaca satu artikel kat akhbar Kosmo yang dipetik dari Bernama.. tiba-tiba teringat zaman dolu-dolu.. rasa-rasanya kene penyakit ni la.. sakit belakang. Sebabnya doktor kata duduk kat komputer lama sangat.. Mula-mula ingat biasa-biasa ajer.. alahhh takkan setakat duduk lama menaip kat komputer boleh sakit kot... Kalau sesapa rasa tak mungkin, tapi bagi saya yang dah kene ni rasa cam serik nak duduk depan komputer lelama.. Paling lama 2 jam. Lepas tu kene la buat keje lain. Memasak ker, basuh kain ker, mengeliat ker, bersenam ker, main badminton ker, pegi cuci bilik air ker, mandikan kucing ker dsb.. buat la apa2 benda lain yang berfaedah selama sejam atau lebih. Pastu bleh la sambung balik mengadap komputer.. Sebabnya kalau dah kene ni, teruk pulak tu.. rasa macam Tuhan tu dah tarik sebahagian nikmatnya yang dibagi tapi kita macam tak pernah perasan selama ni.. Antara perkara-perkara yang saya tak bleh buat masa kene penyakit nih:
i) hujung jari (kesemua 10 jari) tak bleh merasa.. cuma rasa kebas jer..;
ii) kat belakang (sebelah kanan) memang tak payah cakap la... sakit giler.. Allah jer yang tahu;
iii) tak boleh memandu kereta selama dua (2) bulan; dan
iv) tak bleh menulis sebab walaupun hujung jari kebas tp masa nak menulis semua jari dan tangan rasa sakit dan ngilu yang tak tau caner nak describe.
Itulah antara seksanya kalau dah kene sakit belakang akibat duduk lama-lama depan komputer ni... So, apa nak buat bagi dia elok? Macam-macam dah diusahakan sebab tak tahan sakit satu hal, lepas tu macam-macam perkara rutin lain yang kita selalu buat dah tak boleh dilakukan akibat sakit belakang ni.. Jadi inilah langkah-langkah yang saya ambil untuk mengatasi kesakitan nih:
i) Semestinya pergi hospital. Doktor kata otot dah koyak tp boleh cantum balik cuma ambil masa.. Doktor kata ini akibat duduk depan komputer lelama atau menaip dalam jangka masa yg panjang.. Doktor tak kasi urut sebab takut kalau tersalah pegi tukang urut nanti keadaan lebih teruk.. so, dia kasik ubat untuk merehatkan otot dan painkiller.. Pastu, doktor kata kalau tidur, pakai beg air panas tu letak kat belakang tempat yang sakit tu;
ii) Manusia memang degil. heheheh.. Doktor tak kasi pegi tukang urut tapi pegi juga.. pegi jumpa tabib China yang buat refleksologi.. sampai jer tempat dia baru jer melangkah masuk, belum bukak mulut pun nak bagi tau sakit belakang dan jari dah kebas... dia sudah bising.. apsal u lambat datang.. kaki kiri u dah bengkak ni... ini belakang sebelah kanan sudah teruk ... terus pembantu dia bersihkan kaki dan kedua -dua belah kaki... hari pertama, sakit gilerrrrrrrr (waaaaaaa).. memang menahan air mata keluar sepanjang kene urut.. sensei suruh datang 3 hari berturut2 nak kasi bengkak tu surut.. so, pergi la urut kaki tu 3 hari berturut2 ... memang terasa banyak kelegaannya...
iii) Dalam masa dua bulan yang sama, ada org cadangkan urut dengan orang buta.. dorang ni husband and wife.. so, bawak wife dia la urut kat rumah.. pagi pegi urut refleksologi, petang urut ngan makcik yang buta ni... makcik tu urut leher, dua2 belah tangan, dan sebelah kanan belakang tempat yang sakit nih.. hari pertama steady jer.. ingatkan maybe dah kurang sakit sebab makan ubat spital ngan urut refleksologi.. so, memula ingatkan makcik ni tak lah terer urut ngat. Tapi hari kedua, apsal terasa sakit ni kat bahagian-bahagian berkenaan masa dia sentap?... dia kata dia baru sentap sikit jer sbb otot tu dah cedera/luka jadi tak bleh urut kasar2... terjadik kagum plak ngan makcik ni wpun dia tak nampak tp dia tauuuuu... jadik hari ketiga... ha amik ko..rasakan.. duduk lagi depan komputer lama2.. sentap giler makcik tu urut .. Tp dah hari ke 7 makcik tu urut baru lah rasa lega dan banyak dah sakit berkurangan dengan ketara ... Alhamdulillah.. dah boleh merasa pegang benda-benda kat keliling.. hujung2 jari dah tak sakit, cuma nak drive jer tak berani lagi... Apa-apa pun tidur masih beralaskan beg air panas.
iv) Lama lepas sembuh tu (wpun rasanya dah tak rasa sembuh sepenuhnya macam dulu), saja gatal pegi acupuncture untuk treatment kat bahagian belakang yang pernah sakit tu....

Sekarang ni.. dah serik dah.. kira dah betul-betul bertaubat dari duduk depan komputer melebihi 2 jam... biarlah buat keje lain dulu... wpun ada keje banyak sekalipun nak kene buat dalam komputer, cari lah masa untuk buat keje lain selain mengadap komputer ni...Banyak lagi keje yg bleh dibuat sebenornya daripada esok2 dah tak bleh keje langsung sebab dah sakit otot dan saraf nih...