Tuesday 30 October 2012

Sesat Lagi....

Waaaaa...hari ni sesat lagi masa nak cari jalan. Aku rasa aku dengan bab2 sesat jalan ni memang dah sebati kot. Hari ni sesat masa nak pergi pusat bandar Shah Alam dari Putrajaya.  Walaupun aku dah pernah pergi dari Putrajaya ke Shah  Alam lebih dari 3 kali, aku tetap salah jalan juga. Ada jer sebabnya. Tersalah keluar exit la, terlepas simpang la, jalan tutup pastu kene ikut jalan alternatif yang ntah mana2 la... ada jer. Hari ni aku tak sure nak keluar exit mana. Rupanya dah tersalah dan terlepas exit jadi masuklah highway Guthrie. Yang paling mencabar, dah la aku rasa ntah mana area la aku dah sesat, hujan pulak turun selebat-lebatnya. Jalan boleh nampak dalam 500-700 meter jer. Waaaaa rasa macam nak nangis. Ada satu ketika aku tak perasan ada takungan air besar kat jalan besar tu. Jadi redah jerla. Tiba-tiba enjin dah macam tersedak air. Kereta macam berat jer nak jalan. Jalan pulak sunyi sepi jer dengan kereta yang jarang-jarang lalu kat area tu masa hujan lebat tu. Dalam hati dah risau sangat kalau2 enjin kereta terpadam sebab masuk air. Dah la ntah sesat kat Seksyen mana ntah. Pastu roundbout banyak tak tau nak masuk simpang mana satu. Signboard tak nampak sebab hujan lebat jadi tak tau nak ikut arah mana. Itu tak masuk lagi kilat yang memancar kat cermin kete. Menggelabah giler.Walaupun dah ramai membebel suruh beli GPS sebab kekerapan kesesatan aku cari jalan walau pun dalam area Lembah Klang, aku tetap tak beli juga. Yerlah kalau GPS pun kene setting juga. Pastu kat telefon pun dah ada peta. Takpun selalu sebelum pegi tempat yang tak familiar, aku google peta atau alternatif2 jalan yang ada dulu.. Bila dah jadi macam tu, redah jer la dan cari landmarks yang aku kenal. Hmmm tak serik2. Tapi kalau serik nak meredah, nanti tak lepas ke mana-mana la.  Kalau sesat kat negara sendiri tak apa kot.. at least tak la lama ngat nak cari jalan keluar/pulang.  Teringat dulu pernah sesat kat Laos. Yang sadisnya tak jumpa jalan balik rumah tengah malam-malam buta. Padahal dari ofis jer. Yerlah masa mula-mula drive kat sana. Satu hari balik lewat dari biasa. Kunun nak siapkan keje yang urgent. On the way balik, rupanya dah tak boleh lalu semua jalan yang masuk bandar. Jadi menggagau fikir jalan hujung bandar yang pernah ikut. Bawa jer kete ikut rasa hati. Nak baca signboard tak faham sebab semua tulisan jawi dia masa tu. Dalam bandar jer senang banyak tulisan rumi. Nak tanya tak reti lagi nak cakap bahasa diaorang.  Jalan-jalan tak jumpa jalan balik. Pusing-pusing tak jumpa jalan keluar. Jadi jalan jer la terus. Dalam hati berdoa jer janganlah jadi apa-apa dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.  Doa juga janganlah minyak kereta habis sebab tak nampak juga stesen minyak kat area tu. Yang ada pun dah tutup. Mana ada yang 24 jam macam kat Malaysia. Ada satu ketika rasa macam nak mendongak keatas bila nampak satu pintu gerbang. Rasa macam pernah nampak pintu gerbang tu sebab pintu tu macam penanda sempadan antara kawasan bandar dengan jalan menuju arah utara dan selatan negara tu. Kalau kat Malaysia yang tulis contohnya Selamat Jalan.  Jumpa Lagi.  Apalagi nampak jer pintu tu barulah tersedar kereta aku dah jalan giler jauh.  Tapi bila terjumpa pintu tu la bleh flashback balik jalan mana boleh ikut untuk balik. So, dari situ patah balik dan barulah ingat simpang/lorong mana nak ikut untuk balik.  Walaupun dah menjelang tengah malam masa tu, kuatkan juga hati untuk terus cari. Akhirnya... fuh lega. Nampak gak pintu rumah. Alhamdulillah. 

Monday 29 October 2012

Oktober: Bulan Kesedaran Barah Payudara

Balik jer dari rumah abah hari Ahad, pastu selesaikan semua kain baju dan apa yang patut kat rumah sendiri, terus tersandar kat depan TV.  Masa tengah cari-cari channel, ternampak satu iklan : Oktober - Bulan Kesedaran Barah Payudara. Terus terkenang dengan arwah mak.  Teringat dugaan mak pergi rawatan kemoterapi, buat lawatan doktor, luka yang perlu dibersihkan setiap beberapa jam, ubat-ubat dia yang banyak tak kurang daripada 20 biji sekali ambik, senaman taichi yang dia pergi dan usaha-usaha yang kami ikhtiarkan agar emak sembuh. Tak tau puncanya di mana sebab kalau dulu-dulu orang kata siapa yang tak susukan badan anak-anak masa kecik diaorang yang mudah kena. Tapi ramai yang beritahu emak susukan kami semua sembilan beradik. Yang berbeza cuma lama atau kejap aje bergantung kepada kuantiti susu yang ada. Asalnya dapat tau terkena penyakit tu bila arwah mak secara suka-suka ikut kawan dia buat check up masa umur dia dalam lingkungan 45-47 tahun. Sangat terkejut bila keputusan ujian dapat tau dia ada barah tu tapi masih di peringkat awal.  Jadi atas nasihat doktor, emak perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk bunuh semua sel-sel barah tu dan untuk elak dari merebak ke tempat lain. Alhamdulillah semua rawatan tu membantu untuk emak sembuh semula. Walau bagaimanapun, ia cuma mampu bertahan selama dua tahun bila penyakit tu menyerang semula di spot yang sama. Bila serangan kali kedua menyerang, barah tu telah pun berada di Tahap Tiga. Mungkin betul la seperti ramai orang kata... barah ialah pembunuh senyap. Masa tu ramai yang mahu membantu memberi petua dan cadangan rawatan alternatif untuk merawat penyakit barah payudara ni. Setelah kira-kira setahun melawan penyakit tersebut, akhirnya emak kembali mengadap Penciptanya Rabbul Jalil. Peristiwa ini banyak mengajar aku tentang banyak perkara terutamanya tentang penjagaan kesihatan. Walaupun aku sendiri tak tau apa sebenarnya punca penyakit ni tapi ada beberapa perkara yang aku rasa sebagai perempuan kita perlu beri perhatian : i) pemakanan & penyediaan makanan ii) exercise - tak perlu yang berat2, kalau banyak berjalan kaki pun dah cukup baik, kalau mampu 10,000 tapak sehari hhehehe tujuannya nak buang toksik dalam badan yang menimbun2 sebab kita makan macam-macam benda tu. Dahla kalau pegi shopping/kedai/pasar pun kita kalau boleh nak parking betul2 depan pintu kedai sebab tak nak jalan jauh iii) pemeriksaan berkala pada diri sendiri setiap bulan, macam yang dalam brosur klinik kesihatan/hospital bagi tu. Ini sangat membantu untuk pengesanan awal kalau2 kita terkena. Rawatan awal sangat berguna untuk mengelak sel ni merebak ke lain-lain bahagian badan iv)  marilah mengurus stress kita dengan baik. Aku tak ada bukti stress ni boleh menyebabkan kanser. Lagipun aku bukan doktor pun.  Tapi dari pengalaman dan pemerhatian aku stress ni boleh mengganggu kestabilan hormon badan kita dan menyebabkan penyakit pelik-pelik lain kena kat kita. v) amalkan cara hidup sihat dan kalau boleh belajar & amalkan cara hidup yang Rasulullah ajar eg makan bila lapar & berhenti sebelum kenyang, cara wudhuk yang betul, sembahyang awal waktu, makan sumber makanan yang jelas dll. Nampak macam tak ada apa-apa jer kan tapi aku rasa semua ni la membentuk darah daging dalam badan dan cara-cara nak menjaganya dengan betul.  Selain usaha-usaha tu, kita kene doa banyak-banyak mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit sebegini. Jadi sempena bulan kesedaran kanser payudara ni (yang dah nak habis. Aku pun baru sedar.. hehehe) aku pun nak sama-samalah mengajak kaum perempuan dan pelindung kaum perempuan juga untuk sama-sama mencegah penyakit ni. Kalau tak silap aku penyakit ni dah jadi top 3 penyakit pembunuh perempuan kat Malaysia ni. Oleh itu, walau pun bulan Oktober dah nak habis..... jom kita jaga kesihatan tak kisah la bulan apa pun.

Sunday 28 October 2012

Dialog Gen Y

Entri ni sebenarnya kumpulan cerita dialog generasi Gen Y yang dikumpulkan masa raya haji tahun ni kat rumah abah. Saja la kan.. nak banding dialog anak zaman dulu-dulu dengan anak-anak generasi millenium kan..

Dialog 1 : Baba baru jer beli 3 tempat penyidai baju jenis besi kaler silver. Mama pun apa lagi mintak la suruh pasang cepat supaya boleh sidai baju yang menimbun :

Mama : Baba, cepatla pasang penyidai baju tu. Mama nak sidai baju ni. Ada banyak lagi keje nak buat ni.
Baba : Ye la, ye la. Kejap lagi Baba pasang la. Baba penat ni baru balik dari kedai.
Anak (Umur 3 tahun) : Heee bestnya Baba beli transformer (=tempat penyidai). Baba, cepat la pasang transformer yang Baba beli tu. Cepatla, cepatla. Nak tengok ni. Pasang la transformer tu sekarang.

Kesan : Baba terus bangun dan pasang transformer untuk Mama ... hehehehhe
Moral : Ayat kene betul... transformer ok bukan tempat penyidai baju

Dialog 2 : Seorang anak perempuan baru jer kene denda tak boleh guna FB sepanjang cuti hari raya haji ni. Sebabnya dia dah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu i.e. hari sekolah tak boleh guna dan kene jaga tata susila bila guna FB

Anak : Ibu, boleh la guna FB. Kakak boring la.
Ibu : Tak payah nak boring-boring. Ibu kecik-kecik dulu, takder FB, ibu tak boring pun (macam tak puas hati jer zaman ibu takder FB.. wahahahah). Banyak jer benda lain yang ibu boleh buat. Dah, pergi baca buku ker, tolong ibu kemas rumah ker apa-apa la yang berfaedah. Bukan ibu tak nak bagi, tapi bila ibu dah bagi tak nak dengar cakap ibu apa yang boleh apa yang tak boleh. Untuk masa sekarang belum boleh pakai FB tu lagi sampai ibu bagitau.

Kesan : Tak boleh buka FB adalah punca utama keboringan gen Y.
Moral : Lain kali ciptalah FB awal-awal masa zaman ibu supaya ibu pun tau macam mana boringnya kalau tak boleh buka FB... hehehhe jangan marah yer Bu.




Friday 26 October 2012

Opocotttt....

Hari ni hari raya korban. Tahun ni pagi raya takder sapa pun kat rumah abah kecuali aku, adik dan Amat.  Adik-beradik yang lain ada yang raya kat rumah mertua, ada yamg tak dapat cuti & ada yang solat raya kat area rumah masing-masing dulu.  Memandangkan tahun ni raya haji jatuh hari jumaat, banyak tempat buat ibadah korban hari sabtu. Ye lah tak lama lepas sembahyang raya, nak pegi sembahyang jumaat pulak. Hari ni abah kata masjid buat korban hari sabtu tapi dia kene pergi tolong persatuan warga emas untuk buat korban. Tak banyak dia kata. Ada 3 ekor jer. Jadi dia pegi sana lepas sarapan. Rumah abah ni kalau raya haji tak chaos sangat. Sebabnya pepagi abah hanya akan jamah makanan lepas balik solat sunat raya. Jadi takla terkocoh- kocoh nak sediakan sarapan seawal pagi macam raya puasa. Menjelang petang dah ramai dah balik rumah abah.  Masak nasi pun dah 3 kali. Borak-borak, makan, tidur, tukar-tukar lagu dengan henpon masing-masing dan aktiviti-aktiviti santai kat rumah. Dah nak dekat tengah malam barulah masing-masing bergerak balik. Macam Cinderella la pulak. Nak dijadikan cerita, tengah masing-masing sibuk menyarung selipar, tiba-tiba anak sedara aku, Hana menjerit. " Opocot... atukkkkkkk ada anak ular dekat selipar Hana. " Dah yang lain pun cemas dan jadi kelam kabut. Mana la tau kot2 ular tu kecik tapi bisa. Abah cepat2 suruh adik pegi ambik tongkat buluh dia kat dapur.  Petua orang tua-tua kan. Ular tak suka buluh. Lagipun dengan tongkat tu jugalah abah pernah berlawan dengan ular senduk hitam masa dia balik dari masjid jalan kaki ikut jalan shortcut kat belakang rumah dulu.  Lepas tu demam la jugak seminggu sebab terkejut jumpa makhluk tu dan siap kene lawan lagi. Memang abah tak ikut lagi dah jalan belakang tu.  Sambung citer Hana tadi, bukan dia jer yang menjerit, habis yang lain pun kecoh. Pastu abah pun pukul la kepala anak ular tu sekali pastu campak jauh2. Dia tak bunuh cuma mungkin anak ular tu dah cedera la. Bila suasana dah tenang sket, baru adik aku yang sorang lagi bersuara. Dia rasa macam dah terpijak anak ular tu masa sarung selipar tapi tak sangka plak itu ular. Macam mengelirukan jer kenyataan dia tuh. Bila anak dia menjeritla baru perasan itu anak ular... Macam mana mama kau ni Hana... confirm menonong jer masa sarung kasut sebab perut dah kenyang, hati dah senang, hari dah malam, mata pun dah naik kelam agaknya.... 

Thursday 25 October 2012

Cerita Korban

Selamat hari raya korban semua. Hujan kat luar masih mencurah-curah. Risau juga rasa hati kalau-kalau banjir malam ni kat rumah abah. Kalau banjir macam bulan 3 hari tu, beraya dalam air la nampaknya tahun ni. Apa-apa pun mintak dijauhkan.... Aaminnnn.  Bila malam raya korban ni, selalu teringat macam-macam peristiwa yang berkait dengan raya ni. Kenangan yang paling tak boleh lupa ialah peristiwa break-up dengan xx dolu-dolu.  Walau pun dah lama berlalu dan dah tak sedih, peristiwa tu tetap terlintas kat fikiran setiap kali raya korban. Ye lah jadi korban cintalah katakan. Sebab tu lah ingat kot. Rasanya memang pedihhhhh sangat masa tu. Dengan kejadian yang jadi tiba-tiba camtu, pastu dengan keadaan arwah mak yang lemah sebab pergi rawatan kemoterapi, dengan assignments & exams untuk final sem final year, dengan adik-adik yang masih kecik-kecik lagi masa tu... tak tau nak fikir apa masa tu. Bak kata Najwa Latif, rasa kosong jer. Masa tu la dengar dengan penuh khusyuk khutbah raya tahun tu. Betapa apa pun dugaan dan ujian yang datang pada kita, jangan ada rasa putus asa, jangan ada rasa buruk sangka dengan Allah dan sebagai orang Islam kenelah terima semua tu sebagai qadha dan qadhar yang sudah ditentukan untuk kita. Bunyi macam mudah jer tapi nak mengharung semua tu Allah jer yang tau. Tipu lah kalau tak nangis, tipu lah kalau tak rasa macam tak berdaya jer, tipu la kalau kata kita rasa macam biasa jer. Rasanya itulah waktu yang rasa paling pahit, paling getir, paling mencabar yang pernah terjadi dalam hidup. Masa tu susah nak percaya kita ni rasa macam kene aniaya. Selalu tertanya-tanya kenapalah hidup orang lain mudah jer, happy jer, teratur jer tak la serabut yang macam aku rasa masa tu.  Alhamdulillah berkat limpah kurnia dan rahmat Allah, semua tu dapat dihadapi dengan hati yang redha. Bila teringat kisah lalu dengan apa yang dinikmati dan dicapai sekarang, sesungguhnya semua dugaan tu adalah pelajaran-pelajaran baru dalam hidup. Untuk waktu ni rasanya kalau ada jer masalah berlaku, Insya Allah boleh ditangani dengan baik setakat ni. Insya Allah. Amin. Rasanya taklah sesusah dulu dan mudah2 an tak akan susah lagi. Pastu raya haji jugalah mengingatkan aku dengan posting kerja ke luar negara. The one and only overseas assignment. Aku kene pergi hari raya kedua walau pun dah puas merayu untuk tangguh. Sayu jer rasa hati masa tu orang hantar kat airport dan dengar takbir kat airport. Yer lah takbir masa raya haji kan lama.  So, dua benda nilah selalu timbul kat kepala aku setiap hari raya korban. Tak tau kalau2 raya haji akan datang ada cerita yang menarik juga berlaku. Mana tau aku dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Pasti seronok kalau diberi kesempatan itu. Mudah-mudahan impian tu segera menjadi kenyataan. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga setiap pengorbanan kita itu ikhlas dan diterima Allah. Insya Allah.

Saturday 20 October 2012

Mari Melipat Kain

Dah lama dah nak tulis entri ni. Bukannya per. Sebabnya tiap2 minggu kene cari motivasi diri untuk melipat kain yang membusut tu.  Tak membusut pun, membakul, takpun melambak.  Hmmmm tak taulah bila la perkara ini akan berakhir atau ada penyelesaian yang konsisten. Kalau kecik2 dulu, bagi alasan adik beradik ramai lelaki. Masing2 main campak atau tinggal baju, stokin, tuala dll sesuka hati jer... Kalau sekarang apakah alasan2 yang kita boleh fikirkan ? Meh kita senaraikan a)   anak ramai dan kecik lagi, so kita sebagai mak bapak la kene uruskan b) pasangan berat otot nak tolong lipat c) pembantu rumah takder  d) takder masa e) sakit pinggang duduk lelama lipat baju f) sebab doraemon belum reka alat melipat baju yang cekap & berkesan g) sebab orang lain lipat tak lawa, kita jer lipat lawa h) sebab mengaku jer la malas sebenarnya.....kan senang. Apakah keburukan tidak melipat baju: a) baju berlonggok b) baju tak jumpa kawan dia c) baju jadi renyuk & berkedut seribu d) susah nak jumpa pakaian yang kecik2 dalam timbunan kain e) pegi sekolah/kerja pakai stokin lain2 corak/kaler f) pakai tudung tak match langsung dengan baju. Itulah antara alasan yang aku bleh fikir buat masa ni. Tapi untuk mengatasi semua masalah tu, apakah jalan yang ada...  a) lipat sendiri b) mintak pembantu rumah lipatkan c) upah jiran atau sedara mara atau sesapa yang terdekat lipatkan d) hantar dobi kalau duit berkepuk e) biar jerlah hehehe tepuk dada tanyalah bakul kain tu.... wokeh nak pegi sambung lipat kain. Kang bapak aku datang takut dia keliru lagi.. bilik tidur ker bilik kain baju....

Friday 19 October 2012

Bacalah Doa Perjalanan

Semalam termenung jer memikirkan kemalangan yang berlaku betul-betul depan mata. Walau pun kereta sendiri tak kena, tapi sangat bersyukur sebab sempat mengelak daripada melanggar penunggang motosikal yang tergolek betul- betul depan kereta. Waktu tu memang jammed giler. Biasalah KL pagi-pagi. Motosikal pulak bertali arus di kiri kanan. Mentang-mentanglah saiz dorang comel boleh menyelit kat celah-celah kereta. Mesti kejap jer dorang dah bleh sampai ke tempat yang dituju.  Masa kereta kat depan dah bergerak ke depan maka dengan berhemahnya kita pun nak masuk gear satu untuk gerak. Belum sempat nak gerak, sekonyong-konyong terdengar bunyi berdentum dan tak kurang tiga motosikal dah tergolek atas jalan. Terkujat sekejap sambil beristighfar. Tak tau nak buat apa. Pastu nampak tuan punya kete yang kat depan tu dah turun bersungguh-sungguh cek kete dia kot2 kene. Hek elle, kete tak kene apa pun dah cek kete macam teruk nau (pinjam loghat Melaka jap). Masa tu fikir2, nak berhenti ke tak nak. Kalau berhenti takut menambahkan jammed jer. Lagipun syukur sangat tak melanggar sapa2 masa tu. Pastu nampak gak penunggang yang langgar tu dah naik angin dengan motor lain yang langgar dia walau pun sama-sama tergolek. Pengguna jalanraya lain toksah cakaplah dah mula memperlahankan kenderaan. Memandangkan aku pasti takder kemalangan  nyawa terlibat, maka aku pun cecepat beredar untuk tidak menambahkan kesesakan. Masa sambung perjalanan tu teringat jer pesan abah, pesan ustaz, pesan ustazah, pesan arwah emak, uwan & atuk, pesan tv & dan pesan kawan-kawan  supaya baca doa sebelum memulakan sebarang perjalanan. Mudah-mudahan kita terpelihara dari sebarang keburukan sampailah kita tiba ke destinasi. Tau ker doa dia.  Meh kita ajar doa yang kita tau. Doa panjang : Subhanallazi sakharallana haza. Wama kunna lahu muqrinin. Wa inna ila Rabbina lamunqalibun. Subhanaka inni zolamtu nafsi farghfirli fainnahu la yaghfiruzzuba illa Anta.. .Kalau susah nak ingat, baca Bismillah pun tak apa.  Yang penting kita mintak dengan Allah supaya kita tidak lalai, tidak mengantuk, tidakk cepat naik angin (buang angin tak per), tidak ditimpa penyakit dan lain-lain yang sama waktu dengannya sepanjang dalam perjlanan.   Aaamin.

Monday 15 October 2012

Bengkel Kereta - Part 1

Wah meter kete dah menunjukkan tempoh masa nak pergi bengkel untuk servis biasa nih. Apalagi kene la tepon Mr. Ho sebelum pergi bengkel. Mana tau dia tak bukak bengkel hari ni... Ha korang pernah pergi bengkel kete? Pernah? Kalau lelaki tu tak pelik la kan tapi kalau perempuan pun tak pelik juga sekarang kalau pergi bengkel untuk servis kereta.... tapiii apsal masa memula aku pergi bengkel dulu orang pandang macam pelik jer? Macam buat salah besar jer... memanglah kalau pergi servis center biasa ikut jenama kereta tu dah biasa dah kat Malaysia nih... tapi pergi sendiri kat bengkel- bengkel biasa bagitau mekanik masalah kereta apsal dorang tengok macam pelik jer. Tau dah kalau orang perempuan yang pergi mesti kene goreng kaw kaw jer dengan mekanik. Spare parts patut tak yah ganti, dia suruh ganti, yang elok lagi dia kata dah rosak, harga pasaran patut seratus jer dia pau ribu riban jer... hmmm layan jer la. Apa-apa pun jangan lah berputus asa. Itu semua proses pembelajaran. Teringat masa awal- awal pergi servis kereta. Tau jer la masih merangkak memandu kereta. Kereta manual pulak tu sebab tak mampu beli kereta auto. Pernah kene langgar dari belakang. Memang kereta tak cedera teruk ngat. Sket jer. Masa tu sayang giler ngan kete. Rasa kalau tidur pun nak peluk kereta apalagi kalau dah kemek sket. Maka dibawalah kereta itu ke pusat servis biasa. Kata mekanik tu.. owhhhh ini takder apa ni. Kalau masuk jobsheet, mahal ni tapi kalau hantar terus dekat tukang ketuk & cat harga boleh turun lagi nih...  Nak dijadikan cerita kecohlah bagitau orang kampung kita hantar kete pergi servis nak ketuk kemek yang tak seberapa tu. Bila dapat tau sebutharga pusat servis, majoriti buat muka kosong dah tak terkata. Pastu terpacul jer perkataan "mahalnya!!!". Mesti ada yang tak kene tengok reaksi dorang nih. Cek punya cek, rupa-rupanya harga sebenar kat pusat servis lain jenama yang sama 8 kali lebih rendah daripada pusat servis memula tuuuuuu. Nasib baik sempat tarik balik kereta tu sebelum dia buat keje ketuk mengeruk. Bagitau dorang nak pakai kereta pegi outstation tapi sebenarnya nak pindahkan kete tu kat bengkel lain. Kalau tak dah lama dah kene bayar berganda2 lemon dari harga sebenar. Haiiiiiii ada juga yang tergamak cari makan cara camtu. Apsal dorang tak rasa bersalah pun buat camtu eh? Disebabkan trauma dengan kejadian tu, terus tak pergi dah servis kat sana selama-lamanya. Memang tak salahkan tempat tu, cuma fobia dengan pekerja dia yang tak amanah tu. Berapa banyaklah orang dia dah paw agaknya. Mudah- mudahan sekarang dia dah insaf... Aaamin

Sunday 7 October 2012

Macam Mana Nak Cuci Uri Ni?!!!

Ha apsal ni? Apsal ni. Entri kali ni bunyi macam ala2 seram jugak tapi sebenarnya satu keperluan kehidupan. Dulu memang tak terfikir pun akan terjebak dalam hal- hal macam ni. Tak taulah orang lain tapi kalau saya, selalu ingat perkara macam ni biarlah orang tua- tua jer buat. Ini kes tak sedar diri la ni. Hehehe ingatkan diri sendiri makin lama makin muda lerrr tu. Baru-baru ni adik yang lelaki tu isteri dia bersalin.  Selalu abahlah yang tolong sempurnakan urusan uri bayi ni dari awal sampai tanam. Tapi hari tu abah kata dia ada hal yang takboleh nak tangguh. Jadi dia tak boleh nak uruskan uri cucu dia kali ni.  Jadi dia ajarlah adik saya tu macam mana nak sempurnakan uri bayi tu. Korang pernah buat? Tak kisahlah untuk anak sendiri ke, adik ker, anak jiran ker, anak kawan ker, sapa-sapa jer lah.  Saya selalu ingat mende ni remeh jer. Selalu fikir asalkan baby & ibu selamat, itu yang utama. Rupanya uri pun penting juga. Abah cakap uri bayi ni ramai peminat dia yang tak nampak tu. Hari tu adik letak kejap jer dalam bilik air tu pun dah macam2 bunyi pelik dah kat luar bilik air tu. Eiiiiii....takutnya. Ingatkan zaman moden ni takder dah citer camtu. Itu satu sebab. Sebab lain kita kene uruskan uri ni cepat2 ialah orang tua-tua kata uri tu kawan baik baby dalam perut ibu. Jadi macam mana kita cepat2 bersihkan baby tu lepas lahir, macam tu la kita kene bersihkan uri tu juga. Ha korang tau ker nak buat caner? Cer citer, cer kita kalau korang pernah. Saya pernah la juga terjebak. Setakat ni sekali seumur hidup. Ingat lagi. Masa tu cuti semester. Makcik mintak tolong tengokkan kazen2 saya yang kecik2 tu kat rumah sebab dia bersalin kat hospital. Saya ingatkan tolong tengokkan makan minum jer. Tu saya reti lah. Tetiba pagi tu pakcik saya letak sebungkus plastik atas sink. Tak cakap pa per pun. Cuma dia kata nak pegi jemput uwan (arwah) kat kampung. So, rilek jer la bersukaria kat umah makcik saya tu. Tetiba ada sorang makcik saya yang lain tepon tanya uri dah basuh ker belum. Saya yang innocent masa tu umpama baby tu pun jawablah.. uri tu rupa dia caner? apsal kene basuh? takder orang cakap apa2 pun pasal uri tu. Suara makcik saya masa tu macam cemas giler suruh saya cek kot2 pakcik ada tinggalkan apa2 kat rumah.  Confirm la bungkusan atas sink tu adalah uriiiiii. Kazen saya punya.  Dahla first time dapat kazen pompuan, sure makcik dah gelabah uri tak diuruskan lagi. Ingat lagi dia kata kazen dah pucat biru....haaaaaaa siannya baby. Bleh plak saya tanya apsal bleh jadi camtu. Makcik kata sebab uri, kawan baik kazen saya dalam perut tu tak diuruskan lagi. Pastu saya la jadi bidan terjun untuk uruskan uri tu. haaaaaa saya????  Boleh ker? Boleh tak boleh ker kene bolehkan jugak masa tu. Sib baik ada jiran sebelah kasi tunjuk ajar tapi saya la yang kene buat nyer sebab dia dah tak larat. Nak cuci uri ni yang saya belajar kene bukak paip air besar2 supaya air banyak dan sentiasa mengalir untuk cuci darah yang melekat kat uri tu.  Mula2 baca Bismillah pastu baca selawat sepanjang basuh uri tu sambil letak garam kasar dan asam jawa banyak2 untuk hilangkan bau darah & hanyir tu..basuh sampai bersih dan tak bleh putus berselawat. Pastu makcik tu suruh cari kain putih yang bersih dan bungkus uri yang dah bersih tu. Pastu cari tempurung kelapa jantan. Masa tu tak tau plak tempurung pun ada jantan betina. Hehehe korang tau? Rasa masa tu macam dalam citer Nujum Pak Belalang la pulak.  Dengan muka blank tanya makcik tu macam mana nak tau tempurung tu jantan ker betina... rupanya kalau tempurung, bahagian yang berlubang tu betina, yang takder tu jantan la. Jadi  kalau kelapa belah dua, yang belah bawah tak berlubang tu jantan la. Hmmmm sensored gak explanation makcik ni tapi buat jerlah. So, amik dua tempurung jantan cukup untuk masukkan bungkusan kain putih yang ada uri tu pastu tanamla.  Pastikan lubang yang dikorek tu cukup dalam  supaya tak dimakan dek binatang.  Masa tu dorang suruh tanamkan bersama2 beberapa batang paku juga. Ini wajib sebab nak elakkan uri jadi makanan makhluk tak nampak tu. Ada yang letak lada hitam juga dan garam kasar sebanyak yang bleh.  Yang tak bleh lupa selain barang2 tu boleh letak gak barang lain. Contohnya letak pensel supaya nanti baby tu rajin belajar. Petua orang tua2 la kot. Rasa macam tak percaya tapi buat jer la nanti kene marah pulak. Pastu hidupkan api dan banyakkan asap atas lubang yang dah kambus tadi. Motif dia nak menghalau jugalah. Tu lah. Dah besar dah pun kazen saya tu sekarang. Baru masuk ipta.  Saya tau bukan sebab pensel tu sebab budak2 sekarang nih mana der pakai pensel ngat. Pakai pen canggih,  laptop atau ipad jer. Patutnya tanam cip komputer la hari tu dengan uri tu. Ada kawan saya pernah cakap, ada family dia tanam uri baby especially anak perempuan dekat dengan pokok tebu supaya muka dorang sweeeet jer macam gula tebu. Hasilnya? Sweet la kot muka dorang tu Wallahuaklam. Saya pun tak pasti. Yang pasti nak didik anak ni supaya jadi orang yang berguna bukan mudah.  Kan kan kan banyak cabarannya. Lain zaman lain caranya. Itu pasti.

Monday 1 October 2012

Berangan Nak Menjahit Semula

Ntah naper tetiba rasa nak menjahit semula. Dah berzaman dah tak menjahit nih. Teringat dulu-dulu masa memula blajar menjahit. Masa tu bukan la minat ker, tergedik tangan nak menjahit ker atau terpaksa ambik kelas sains rumahtangga kat sekolah. Masa tu kene blaja menjahit gak sebab kalau tak adik2 tak ada baju raya. Rasa cam sayu pun ada kalau tingat kisah dolu2 tu. Ye lah susah. Masa tu arwah mak tengah dalam pantang adik yang kecik sekali. Masa tu la tau orang dalam pantang tak bleh menjahit orang tua-tua kata. Nanti mata rabun cepat. Tapi kalau tak menjahit masa tu macam mana adik beradik lain nak ada baju raya sebab memang tiap-tiap tahun pun mak yang jahitkan sendiri. Setelah dipujuk2 barulah aku rasa kompiden sket nak pegang mesin jahit kaki tu. Pertama kali pegang selalu fikir nanti jarum mesin tu akan cucuk jari dan jahit sekali dengan kain tu. Bengong tul kan. Kalau tak disuakan jari tu bawah jarum tu tak der la terjahit pon jari tu. Tapi bila dah selesa dengan mesin kaki tu macam best plak. Rasa cam naik bot yang kayuh kat tasik tu hehehe Yelah kita kene la memotivasi diri sendiri dulu fikir benda2 best sebelum buat kerja baru yang rasa cam pelik jer memula. Ha ingat lagi lepas ada kompiden nak menjahit tu terus sangat bersungguh-sungguh menjahit semua baju raya tu. Untuk lapan beradik tu cuba bayangkan. Sorang sepasang la. Enam pasang baju melayu dua pasang baju kurung. Tak ker terer terus mula2 menjahit dah kene jahit banyak tu. Sebnarnya ada gak termenangis masa memula sesi menjahit tu. Takut wo terutama nak jahit part leher baju melayu cekak musang tu. Susah giler nak kelepet2 kat bahagian tengkok tu. Masa tu arwah mak memang cukup sabar jer kasi tunjuk ajar, pujuk & temankan aku menjahit. Ye lah itu jer dia mampu buat masa tu. Nasib baik dia dah gunting kain baju tu siap2 sebelum bersalin. Kalau tak masa tu juga aku kene blaja menggunting kain. Tapi tu lah walau pun rasa macam dah gigih menjahit baju melayu masa tu pastu siap pegi kelas menjahit lagi lepas spm , apakan daya tangan ni  tetap tak pandai2 gak jahit kolar baju melayu cekak musang tu sampai sekarang. Baju kurung terer la. Yer la apa2 pun kene la terer jahit baju sendiri dulu sebelum jahit baju orang. Hehehehe. Satu perkara yang jadi pengajaran kat diri sendiri, dengan kasih ibu apa pun kita boleh buat kat dunia ni Insya Allah. Rasanya ramai orang pun akan setuju ngan aku bab nih. Kalau tak setuju pun, cuba buat dulu apa yang mak suruh selagi perkara tu tak bertentangan dengan agama. Insya Allah dengan doa dia, kasih sayang dia, restu dia & bimbingan dia perkara yang kita rasa mustahil memula pun jadi mudah juga. Lepas pengalaman menjahit baju raya tu minat aku terus berkembang sampai la terberhenti nak dekat 10 tahun aku rasa. Yerlah dulu rajin gak jahit tulang belut kat leher baju kurung sebab suka giler jahit menatang tu tapi skang kalau suruh jahit memang tak rasa jahitan tu cantik macam dulu. ( wah masuk bakul nampak...ngeh ngeh) Tapi seriously dulu suka jahit tulang belut tu. Skang mesin jahit pun dah takder. Bila timbul perasaan berkobar-kobar nak menjahit ni rasa cam nak pergi survey harga mesin jahit la. Adik aku hari tu offer nak pinjamkan mesin jahit sebab dia ada dua ketul. Tapi dia kata pinjam jer la sebab satu lagi mesin jahit tu dia sayang sangat sebab dengan mesin jahit tu la dia cari duit poket untuk tampung belanja sekolah dan mesin tu jugaklah banyak dia jahitkan baju arwah mak lepas adik pegi kelas menjahit lepas spm dulu. Takperla. Nak kumpul duit dulu. Pasni baru beli mesin jahit so aku bleh godek sesuka hati. Wahahaha baru puas hati kan ( semangat biar lebih, jadi belum tentu) walaupun skang pandai jahit lurus jer kih kih kih. Yang penting nanti ada mesin jahit sendiri. Bestnya verangan.