Friday 26 October 2012

Opocotttt....

Hari ni hari raya korban. Tahun ni pagi raya takder sapa pun kat rumah abah kecuali aku, adik dan Amat.  Adik-beradik yang lain ada yang raya kat rumah mertua, ada yamg tak dapat cuti & ada yang solat raya kat area rumah masing-masing dulu.  Memandangkan tahun ni raya haji jatuh hari jumaat, banyak tempat buat ibadah korban hari sabtu. Ye lah tak lama lepas sembahyang raya, nak pegi sembahyang jumaat pulak. Hari ni abah kata masjid buat korban hari sabtu tapi dia kene pergi tolong persatuan warga emas untuk buat korban. Tak banyak dia kata. Ada 3 ekor jer. Jadi dia pegi sana lepas sarapan. Rumah abah ni kalau raya haji tak chaos sangat. Sebabnya pepagi abah hanya akan jamah makanan lepas balik solat sunat raya. Jadi takla terkocoh- kocoh nak sediakan sarapan seawal pagi macam raya puasa. Menjelang petang dah ramai dah balik rumah abah.  Masak nasi pun dah 3 kali. Borak-borak, makan, tidur, tukar-tukar lagu dengan henpon masing-masing dan aktiviti-aktiviti santai kat rumah. Dah nak dekat tengah malam barulah masing-masing bergerak balik. Macam Cinderella la pulak. Nak dijadikan cerita, tengah masing-masing sibuk menyarung selipar, tiba-tiba anak sedara aku, Hana menjerit. " Opocot... atukkkkkkk ada anak ular dekat selipar Hana. " Dah yang lain pun cemas dan jadi kelam kabut. Mana la tau kot2 ular tu kecik tapi bisa. Abah cepat2 suruh adik pegi ambik tongkat buluh dia kat dapur.  Petua orang tua-tua kan. Ular tak suka buluh. Lagipun dengan tongkat tu jugalah abah pernah berlawan dengan ular senduk hitam masa dia balik dari masjid jalan kaki ikut jalan shortcut kat belakang rumah dulu.  Lepas tu demam la jugak seminggu sebab terkejut jumpa makhluk tu dan siap kene lawan lagi. Memang abah tak ikut lagi dah jalan belakang tu.  Sambung citer Hana tadi, bukan dia jer yang menjerit, habis yang lain pun kecoh. Pastu abah pun pukul la kepala anak ular tu sekali pastu campak jauh2. Dia tak bunuh cuma mungkin anak ular tu dah cedera la. Bila suasana dah tenang sket, baru adik aku yang sorang lagi bersuara. Dia rasa macam dah terpijak anak ular tu masa sarung selipar tapi tak sangka plak itu ular. Macam mengelirukan jer kenyataan dia tuh. Bila anak dia menjeritla baru perasan itu anak ular... Macam mana mama kau ni Hana... confirm menonong jer masa sarung kasut sebab perut dah kenyang, hati dah senang, hari dah malam, mata pun dah naik kelam agaknya.... 

No comments:

Post a Comment