Friday 29 July 2011

We will miss u..

Hari ni hari Jumaat. Di luar hujan turun mencurah-mencurah. Lain daripada hari-hari sebelumnya dalam minggu ini. Jadi dengan rasa syukur akan nikmat yang diturunkan dari langit itu, rasa berkobar-kobar nak pegi ke pejabat. Rasa keceriaan tu dizahirkan dengan baju kurung kaler pink dan tudung merah..

Sedang asyik membuat kerja, panggilan telefon seorang kawan dan berita sedih yang disampaikan membuat hati seakan terhenti seketika. Hari ini aku harus menerima hakikat perginya seorang sahabat yang baik dan dedikasi mengadap Penciptanya kerana kemalangan jalanraya di Kuantan pada awal pagi ini. Pada detik itu juga terkenang wajah arwah. Kami sering terserempak di pasar malam setiap petang hari jumaat di Putrajaya. Malah rasa seperti baru semalam terjumpa beliau di satu karnival di Putrajaya.

Tiada apa yang dapat diucapkan lagi ketika menerima berita ini. Hanya doa yang mampu dikirimkan dengan harapan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan mendapat rahmatNya. Nana, you're truly a good friend and I believe a dedicated officer, good daughter, loving mother and excellent wife as well. May your soul rest in peace. Al Fatihah.