Monday 12 November 2012

Biarlah Hujan.. Janganlah Banjir

Sekarang dah masuk bulan November. Maka dah bermula juga musim hujan.  Sangat bersyukur tinggal dalam negara yang diberi anugerah Allah hujan sepanjang tahun macam di Malaysia.  Pastinya hujan tu suatu rahmat untuk menyuburkan tanah di muka bumi dan membersihkan debu serta kotoran.  Kalau jarang-jarang hujan mesti susah untuk orang Malaysia yang dah biasa mewah dengan limpahan air yang banyak.   Tapi musim hujan pun ada dugaan dan cubaannya tersendiri. Dugaan paling kecil aku rasa baju lambat kering dan jalan sesak sebab semua kenderaan kene la pandu berhati-hati sebab jarak penglihatan yang kurang dan jalan licin. Kalau masalah baju lambat kering senang jer. Kalau duit lebih blehlah terus hantar dobi jer suruh diaorang uruskan. Takpun beli mesin pengering. Dua-dua ni kene modal la. Modal untuk hantar dobi atau modal nak beli mesin pengering dan bayar bil letrik tinggi daripada biasa.  Kalau fulus kering walaupun hujan basah, maka kene fikir cara paling mudah nak kasi baju kering. Hehehe apalagi. Jemur dalam rumah la. Itupun kalau kat luar rumah tak ada ruang dah nak menyidai baju. Kalau ada pun basah kene tempias.  Dah sidai dalam rumah, bukak kipas laju-laju. Baru puas hati. Tapi ada jer masa kalau tak hujan pun kita pakai taktik nak kering baju cepat. Contohnya masa aku kekecik dulu. Terhegeh-hegeh basuh kasut lambat. Hari Ahad petang baru nak cuci. Jadik jemur kejap kat luar kasi dia berangin sebelum mak aku tengok dia rasa berangin gak. Pastu dah malam letak belakang peti ais. Insya Allah esok kering. Tapi itu peti sejuk yang lama-lama. Tak tau la peti sejuk zaman sekarang ni. Bila musim hujan ni, dulu tak susah hati ngat kalau banjir sebab sepuluh tahun ke atas baru sekali dia akan menyebabkan banjir besar. Tapi sekarang dah macam kerap la pulak terutama kat rumah abah. Asalkan hujan melebihi 4 jam jer abah dah susah hati. Aku lagi la susah hati sebab bilik kat bawah. Kecik-kecik dulu kalau banjir air tak naik tilam pun. Paras bawah katil jer. Teringat aku terjaga jer dari tidur pukul 3 pagi, air kat keliling.  Merasa la tidur dalam air walaupun tilam tu tak basah. Sekarang tak adanya macam tu. Banjir bulan 3 tahun 2012 lah aku rasa paling teruk setakat ni. Air sampai ke paras bahu. Nak tidur mendenya dalam rumah. Rumah pun dah tenggelam. Tak sempat nak selamatkan banyak barang sebab air naik terlampau cepat. Sedih jer tengok pinggan mangkuk terapung. Apa pun syukur Alhamdulillah. Bila banjir surut pinggan mangkuk satu pun tak hilang cuma dia terletak merata-rata jer dalam rumah.  Ya Allah permudahkanlah urusan kami pada musim hujan pada kali ni.

No comments:

Post a Comment