Friday 9 November 2012

Cuba Rawatan Homeopathy Pula

Hari Ahad lepas aku pergi temankan kakak ipar aku hantar anak dia balik asrama kat Dengkil. On the way ke sana kami singgah dulu untuk dapatkan rawatan dari klinik homeopathy Al-Hikmah.  Kat situlah aku dapatkan pendapat kedua masa hospital dah tetapkan tarikh pembedahan untuk buang ketumbuhan dalam badan sebelum pegi Jepun dulu. Bukannya aku tak yakin dengan doktor tapi cuma nak usahakan cara lain juga kalau-kalau boleh mengelak dewan pembedahan. Sekurang-kurangnya aku boleh ada pilihan lain selain daripada masuk dewan bedah. Aku memang takut dengan dewan bedah.  Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku dan aku tak perlu dibedah sebab ketumbuhan itu beransur-ansur mengecil dan harap-harap terus hilang dari badan aku nih. Hari tu aku datang nak temankan kakak ipar aku pulak. Dia pulak ada cyist dan doktor dah tetapkan tarikh pembedahan pada pertengahan Disember 2012. Nak usahakan juga kalau-kalau cyist tu boleh mengecil atau rahim tu kembali normal tanpa ada apa-apa ketumbuhan kat situ.  Masa aku duduk bersantai kat ruang menunggu tu sementara tunggu doktor macam-macam pengetahuan la juga aku timba. Aku ingatkan homeopathy tu untuk rawatan penyakit tertentu jer. Rupa-rupanya boleh juga diusahakan untuk dijadikan penawar untuk banyak penyakit termasuklah penyakit mental. Pastu masa borak-borak dengan doktor tu, ada gak dia bagitau.  Penyakit ni banyaknya punca dari makanan la. Jadi nak ubatkan juga pun dari makanan la.  Bila difikir-fikir balik banyak benarnya cara pemakanan kita banyak mempengaruhi diri kita. Cer tanya orang yang jarang pergi spital tu.  Cara dorang makan. Selalu kita akan dengar dorang makan simple jer. Banyakkan sayur-sayuran, ulam, minum air banyak  dan keluarkan peluh. Tak kisahla kot cara nak keluarkan peluh tu sama ada banyak buat kerja yang menggerakkan tulang empat kerat tu atau bersenam. Aku sekarang ni sangat minima makan daging walau pun tersangatlah sukanya makan menda yang berasaskan daging - masak kicap, daging salai masak lemak cili api, gulai kari, masak kurma, masak asam dan sambal daging.  Rendang tak yah sebut la.  Kalau rendang hitam arwah uwan selalu buat tu aku bleh mengadap nasi pagi petang siang malam dengan lauk tu jer. Macam tu gak dengan rendang minang yang ada nenek kat area kampung aku ni buat. Memang mabeles. Tapi nenek tu jugak dah takder kat dunia ni.  Hmmm semoga ruh mereka ini sentiasa tenang kat sana. Aku pun memang dah tak kisah sangat sebab kene kawal makan sekarang ni. Bukan nak diet tapi nak sihat. Hehehe... supaya bleh mengelak daripada makan ubat, cucuk jarum dan dewan bedah.... Aaamin.

No comments:

Post a Comment